Kiriman pada: Sat, Jan 23rd, 2016

Masjidkan Banyak Mengapa Riak Bersolat di Padang

Kongsi maklumat ini
Tags

ee5406b5-ac7b-47dc-86f1-11919cb3db7eTerserempak dengan sekumpulan peserta demo haram yang kononnya membantah akan perjanjian TPPA, sedang bersolat di satu sudut padang tempat dimana para peserta demo berhimpun.

Jika di tanah Suci Makkah ianya adalah satu pemandangan biasa, kerana sering berlaku masjid di punuhi umat Islam untuk bersolat, dan kerana sesak maka ada jemaah membentang sejadah dan bersolat di luar masjid sahingga membawa ke jalan-jalan raya yang kenderaan di larang memasukinya bagi membolehkan umat Islam beribat.

* Masjid Jamed Sultan Abdul Samad

* Masjid Jamed Sultan Abdul Samad

Tetapi di Malaysia ini berbeza apatah lagi di sekitar Padang Merbuk, Kuala Lumpur, terdapat hampir 3 buah masjid utama dan besar yang mampu menampung kehadiran jemaah, ia ini Masjid Negara sekitar 200 meter dari Padang Merbok, Masjid Sultan Abdul Samad sekitar 300 mtr dan Masjid India juga sekitar 300 mtr, dari tempat mereka ini mengerjakan solat.

Persoalannya mengapa tidak mereka ke masjid sahaja, mengapa perlu bersolat di padang yang kita tidak tahu adakah ianya bersih dari najis binatang liar seperti anjing dan sebagainya, termasuk najis manusia yang suka kencing merata.

Jika di Makkah dan Madinah jemaah bersolat di luar masjid dan di atas jalan raya kerana didalam masjid sdah penuh umat Islam, tetapi di masjid yang di nyatakan tadi begitu banyaknya ruang kosong untuk di penuhi oleh jemaah.

*Masjid India, Jalan Bonus

*Masjid India, Jalan Bonus

Mungkin pada ketika itu perasaan riak sudah mula timbul walau pun tidak di akui, jika sudah bersolat di hadapan orang ramai tidakkah ini boleh mendatangkan riak ingatlah Riak itu pakaian Allah, jangan musibah yang di turunkan nanti kerana kemurkaan Nya kerana kita hambanya mengambil pakaian milik Nya.

Lebih baik dipenuhkan ruang kosong masjid dari berjemaah di atas padang walaupun bukan tujuan tetapi Riak itu tetap akan hadir dalam diri dan jiwa besar kerana kita ini manusia dan bukannya Malaikat.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.