Kiriman pada: Fri, Dec 25th, 2015

Masyarakat dambakan penyatuan UMNO-PAS

Kongsi maklumat ini
Tags

image (4)KOTA BHARU: Kerjasama serta penyatuan UMNO dan PAS sudah lama didambakan majoriti masyarakat negara ini kerana ia mampu memberi impak besar kepada negara. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata jika penyatuan itu berlaku, sudah pasti kedua-dua parti berkenaan dapat menghasilkan perbincangan yang lebih baik terutama ketika negara berhadapan pelbagai isu semasa. “Seperti mana yang selalu saya sebut, bersatu tidak bermakna meleburkan identiti mana-mana parti politik. “Tetapi bersatu dalam erti kata kita bersedia untuk bersetuju atau tidak bersetuju dalam beberapa perkara. Jika ia membabitkan kepentingan rakyat, agama dan negara, kita wajib bersatu dan bersama,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Sambutan Maulidur Rasul di kediaman Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas, Datuk Md Alwi Che Ahmad di Kampung Padang Upih, dekat sini, pagi tadi. Asyraf Wajdi berkata, penyatuan dua parti politik besar itu juga dapat mengelak daripada budaya perpolitik di Malaysia yang kadang kala tidak sihat. Katanya, ini dapat dilihat apabila apa sahaja yang dibuat parti politik yang berbeza akan ditentang habis-habisan kerana dianggap tidak sesuai dengan ideologi dan bertentangan prinsip parti lain.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.