Kiriman pada: Fri, Feb 12th, 2016

Mat Bangla Lebih Pruduktif Berbanding Graduan Yang Pemalas

Kongsi maklumat ini
Tags

bgHeboh di media sosial dengan isu 1.5 juta pekerja Bangladesh yang sebenarnya merupakan jumlah mereka yang berdaftar dengan kerajaan Bangladesh untuk tujuan pekerjaan.
mereka semua telah mendaftar dengan kerajaan Bangladesh untuk di hantar bekerja di Malaysia, ini selaras dengan pembangunan di negara kita yang pesat tetapi kekurangan pekerja dalam sektor pembagunan, pertanian dan lain – lain.

Sepatutnya rakyat Malaysia yang kononnya simpati terhadap nasib graduan yang menganggur dan marah dengan tindakan kerajaan kita membawa masuk lebihan pekerja Bangla cermin diri dulu.

Kemasukan pekerja Bangladesh itu dilaksanakan melalui permohonan atas talian oleh pihak industri kepada Bahagian Pekerja Asing Kementerian Dalam Negeri. Ini bermakna kebanyakan syarikat – syarikat lebih memerlukan khidmat pekerja Bangla berbanding graduan dengan segulung kertas.

Faktor lain dengan menggunakan khidmat pekerja Bangla ini operasi syarikan berkemungkinan dapat dikurangkan berbanting dengan mengambil graduan tempatan yang hanya tahu bermain facebook dan mengeluh dari siang ke malam. Bukan hendak memuji Mat Bangla, tapi hakikat 2016, berapa ramai rakyat Malaysia atau lepasan universiti nak bekerja kilang? buat rumah? cuci tandas? kutip sampah? cuci longkang? dan lain – lain yang tentunya tidak akan menjadi pilihan rakyat malaysia terutama graduan kita yang perasan bagus.

Hakikat rakyat kita lepasan universiti selepas dapat segulung sijil setelah menghabiskan duit mak bapak selama bertahun – tahun, apa yang di idamkan adalah kerja yang selesa, gaji yang besar, suasana kerja yang eksklusif dan berpenghawa dingin, itu yang diidamkan graduan kita yang masih berangan tapi realiti dunia zaman sekarang tanpa pengalaman kerja lebih penting.

Rakyat kita masih bermimpi disiang hari mengidamkan gaji yang besar tapi tiada usaha, dan tidak mahu bermula dari bawah, realiti itu sudah pasti apabila Mat Bangla mendapt permintaan yang tinggi didalam industri di Malaysia.

Hentikan menunding jari mencari salah kerajaan, sedar dulu kelemahan diri sebelum mencari salah orang lain, bangun tidur dan cari kerja, nasi takda kaki datang pada kita bila kita lapar, kita kena usaha kena keluar cari rezeki, biar bermula dengan angka kecil tapi dikemudian hari siapa yang tahu? pengalaman lebih penting dari segulung kertas.

Harap rakyat kita sedar bahawa Mat Bangla ni juga yang buat rumah yang anda duduk dan mengutuk mereka, graduan kita? mungkin sibuk berdemo? jual dadah untuk dapat keuntungan yang cepat, atas berumba haram di malam minggu? sedar lah dah 2016, pergi la cari kerja, sebab kerja tak datang cari kita. Kalau terlalu memilih dan mengada alamat kau jadi pengemis di bumi sendiri.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.