Kiriman pada: Tue, Nov 15th, 2016

Mata Barat Memang Suka Perhatikan Malaysia

Kongsi maklumat ini
Tags

matabaratHebat juga isu Rafizi Ramly Ahli Parlimen Pandan yang didapati bersalah oleh makamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam kerana melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA) sahingga maklumat hukuman tersebut disiarkan di salah sebuah billboard di London dan menjadi perbualan.

Ada yang beranggapan bahawa apa yang didedahkan oleh Rafizi adalah penyelewengan yang kononnya dilakukan oleh pemimpin tertentu malah beranggapan tindakan Rafizi itu semata mahu menyelamatkan negara.

Berdasarkan kertas pertuduhan Rafizi yang didakwa memiliki secara salah halaman 98 laporan Ketua Audit Negara berkaitan 1MDB, justeru beliau didakwa melanggar Seksyen 8(1)(c)(iii) OSA 1972, Rafizi juga dituduh mengedarkan dokumen sulit tanpa kebenaran di lobi parlimen pada 28 Mac dan ia didakwa melanggar Seksyen 8(1)(e)(iv) akta yang sama.

Melihat apa yang berlaku terhadap Rafizi ramai yang mula beranggapan bahawa kerajaan yang dipimpin oleh Dato’ Seri Najib terlalu zalim sahingga tidak boleh di sentuh lansung termasuk oleh undang-undang, sahingga sesiapa jua yang mendedahkan prisalah laku maka mereka akan menerima kesannya seperti mana yang dialami oleh Rafizi.

Malah ada yang mendakwa bahawa “mereka yang merompak wang negara tak didakwa, yang mendedahkan kejadian merompak wang negara pula dipenjara..!!! Malaysia makin terkenal..!!!”, ini lah cakap-cakap mereka yang keciwa dan tidak memahami situasi sebenar.

Sebenarnya apa yang berlaku kepada Rafizi hari ini pernah juga berlaku kepada Saudara Ezam Mohd. Noor pada sekitar tahun 1999, dimana beliau dituduh di makamah kerana di dakwa memiliki dokumen rahsia rasmi kerajaan dan mendedahkan kepada media, sama seperti mana yang dilakukan oleh Rafizi.
kesezam

Walhal ketika itu Ezam hanya mahu mendedahkan bagaimana Perdana Menteri ketika itu Tun Mahathir didakwa melindungi menteri yang terlibat dengan rasuah ketika itu, tetapi seperti yang kita sedia maklum bahawa tiada siapa pun yang mengatasi undang-undang yang akhirnya Ezam dipenjara 2 tahun.

Jadi Razifi menerima hukuman kerana kesalahan yang beliau lakukan dan bukan kerana kerajaan mahu melindungi sesiapa, soal Malaysia terkenal di seluruh dunia dengan berita itu maka ketahuilah setiap apa yang berlaku di persekitaran kita sudah pasti akan mendapat tempat dihati pihak barat terutama Amerika dan London.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.