Kiriman pada: Mon, Aug 10th, 2015

Maut Tersepit Lif

Kongsi maklumat ini
Tags

cbdfmKuala Lumpur – Seorang pekerja penyelenggaraan lif berusia 20 tahun maut selepas tersepit ketika melakukan kerja menaik taraf lif di tapak pembinaan di Jalan Ampang, di sini, 11.50 pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, ketika kejadian, lelaki itu sedang melakukan kerja meletak minyak pelincir pada lif berkenaan di aras tiga sebelum mangsa dihimpit sebuah lagi lif yang bergerak ke bawah.

Katanya, mangsa maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian badan.
“Kami (bomba) tidak menolak kemungkinan insiden ini berlaku kerana ada pihak tidak mematuhi prosedur keselamatan ketika menjalankan kerja penyelenggaran berkenaan,” katanya .

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

gnfs

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.