Kiriman pada: Fri, Dec 25th, 2015

Mayat 4 mangsa nahas Chiang Mai dibakar pagi ini

Kongsi maklumat ini
Tags

AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI ADUN MELAWAT MANGSA / BATU PAHATBATU PAHAT: Suasana pilu menyelubungi rumah pengebumian Persatuan Koon Yew, Jalan Fatimah, di sini, sebentar tadi, sepanjang berlangsungnya upacara sembahyang dan penghormatan terakhir ahli keluarga mangsa nahas bas di Thailand.

Upacara sembahyang dan penghormatan itu dilakukan ke atas jasad dua mangsa nahas iaitu ketua rombongan yang juga mangsa paling muda, Png Ee Ting, 23, dan Ker Ah Hwee, 55.

Terdahulu, upacara yang bermula tepat jam 8.15 pagi itu menyaksikan ahli keluarga terdekat melutut serta menyembah hormat jasad mangsa.

Suasana yang pada mulanya tenang bertukar hiba, apabila keranda diusung ke dalam van khas apabila ahli keluarga mula meratap pilu sebelum berarak sejauh 500 meter bersama van berkenaan.

Dua lagi mayat mangsa nahas berkenaan, Tan Thin Thin, 39, dan Lum See Seng, 63, yang diuruskan di rumah pengebumian Kesatuan Hoon Chew Toong, serta Rumah Berhala Teng Ngee San Toh Tong, turut akan dibakar pagi ini.

Semua empat mayat mangsa nahas berkenaan dibawa ke Pusat Krematorium Nirwana Fairy Park, Pagoh, Muar untuk upacara pembakaran mayat pagi ini.

Baki sembilan mayat mangsa nahas berkenaan dijadual dibakar dalam upacara berasingan esok dan lusa di pusat yang sama.

Kelmarin, jasad 13 mangsa nahas yang terkorban dalam kemalangan di Chiang Mai, Thailand, Ahad lalu, tiba di sini, kira-kira jam 9.15 pagi dan diletakkan di empat rumah pengebumian selepas tiba dari Pangkalan Udara TUDM, Subang.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.