Kiriman pada: Wed, Feb 10th, 2016

MAYAT GELANDANGAN DITEMUI DI BANGUNAN TERBENGKALAI DI TAWAU

Kongsi maklumat ini
Tags

fdajTawau – Orang ramai menemui satu mayat dipercayai lelaki gelandangan berusia dalam lingkungan 40-an di tingkat satu sebuah bangunan terbengkalai di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata lelaki itu ditemui kira-kira pukul 9.30 pagi dalam keadaan tertiarap dan tidak sedarkan diri di bangunan terbengkalai di Jalan Kee Abdullah, Bandar Sabindo itu.

“Tiada sebarang dokumen ditemui pada mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Fadil berkata mangsa dipercayai meninggal dunia ketika tidur dan berdasarkan keadaan fizikal badan mangsa yang telah mengeras dan berbau, mangsa telah meninggal lebih 24 jam.

Dalan perkembangan lain, Fadil berkata polis telah menahan lapan pelajar dan seorang bekas pelajar Sek Men Keb Merotai yang berumur antara 15 hingga 18 tahun dipercayai terlibat dalam satu pergaduhan berkumpulan dekat sekolah itu pada tengah hari 4 Feb lepas.

Kes pergaduhan pelajar itu terbongkar setelah salah seorang guru sekolah itu terlihat satu rakaman video melalui aplikasi telefon bimbit WhatsApp dan kemudiannya membuat laporan polis.

“Semua pelajar itu dilepaskan setelah keterangan mereka diambil. Kes akan disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” kata Fadil.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.