Kiriman pada: Wed, Dec 16th, 2015

Mayat Lelaki Ditemui Dalam Lombong Di PUCHONG

Kongsi maklumat ini
Tags

gkjKuala Lumpur – Mayat seorang lelaki berusia 39 tahun ditemui di dalam sebuah lombong berhampiran kawasan perumahan Condominium Lake Edge di Puchong dekat sini.

Menurtu Ketua Polis Daerah Serdang ACP Razimi Ahmad, mayat Mohd Radzuan Ghazali ditemui terapung pada pukul 3 petang semalam oleh orang ramai.

“Tiada kesan kes kecederaan dijumpai pada badan mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai anggota keluarga atau waris mangsa diminta menghubungi Balai Polis Puchong Jaya di talian 03-8076 2222.

Gambar Hiasan

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.