Kiriman pada: Wed, Aug 12th, 2015

Mayat rentung dalam kereta dipercayai dibunuh

Kongsi maklumat ini
Tags

rentung_2.transformedKUALA LUMPUR: Seorang individu ditemui rentung di dalam bonet sebuah kereta PROTON Wira Aeroback yang terbakar di Taman Bukit Rawang Jaya, Rawang, dekat sini, pagi tadi. Penolong Pengarah Operasi Bomba Negeri Selangor, Sani Harul, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu daripada pihak awam pada jam 6.38 pagi tadi. “Kebakaran membabitkan sebuah kereta yang terbakar sepenuhnya. Anggota mendapati mangsa rentung di bonet kereta. “Difahamkan mangsa dipercayai dibunuh dan polis sedang menjalankan siasatan,” katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.