Kiriman pada: Mon, Feb 22nd, 2016

Maybank Investment Jangka Kadar Pengangguran Meningkat Tahun Ini

Kongsi maklumat ini
Tags

gaerKuala Lumpur – Maybank Investment Bank Research menjangkakan kadar pengangguran purata tahun ini meningkat kepada 3.3 hingga 3.4 %.

Tahun lalu, kadar pengganguran purata dicatatkan pada 3.1 % meningkat berbanding rekod 2014 pada 2.9 %.

Dalam nota hariannya, firma penyelidikan itu memaklumkan kadar pengangguran meningkat untuk 3 bulan berturut-turut mencecah 3.3 % pada Disember 2015.

Bagaimanapun, selepas pelarasan bermusim kadar pengangguran susut kepada 3.1 pada tempoh sama berbanding 3.3 % bulan sebelumya.

Sementara itu, jumlah tenaga buruh meningkat sedikit sebanyak 1.4 % pada Disember menjadi 14.4 juta pekerja dan sebahagiannya diserap oleh pertumbuhan guna tenaga sebanyak 13.9 juta pekerja.

Persekutuan Majikan Malaysia melaporkan 26,000 pekerja telah diberhentikan tahun lalu berbanding statistik rasmi pada 8,690 pekerja bagi tempoh Januari hingga September 2015.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.