Kiriman pada: Fri, Feb 19th, 2016

Mayflower Ambil Alih GoCar

Kongsi maklumat ini
Tags

fjklPEMBELIAN GoCar Mobility Sdn Bhd sebagai satu strategi Mayflower Acme Tours Sdn Bhd (Mayflower) mengembangkan kehadirannya dalam pasaran mobiliti.

Dalam satu kenyataan bersama, Pengarah Eksekutif GoCar, TJ Tan berkata, anak syarikat Warisan TC Holdings Bhd,telah mengambil alih pegangan majoriti dalam syarikat teknologi baru bermula itu.

“Mayflower berusaha mencari peluang penyelesaian mobiliti baharu dan membolehkan syarikat itu memperkukuh kepemimpinan dalam perniagaan perkhidmatan kereta.

“Dengan menyertai keluarga Tan Chong, syarikat itu bakal meningkatkan jumlah kenderaan dan membolehkan ia berkembang ke kawasan lain di Malaysia,” katanya.

Di samping itu, ia dapat memanfaatkan kaunter lapangan terbang dan runcit Mayflower sedia ada.

Sementara itu, Ketua Perkhidmatan Kewangan Tan Chong, Nicolas Tan berkata, potensi GoCar dilihat sebagai evolusi model tradisional penyewaan kereta.

“Berikutan pengambilalihan itu, GoCar akan beroperasi sebagai anak syarikat Mayflower dan akan terus beroperasi di bawah nama dan jenama sendiri,” katanya.

Perkhidmatan GoCar ditubuhkan pada Mac tahun lalu membolehkan anggotanya menyewa kereta mengikut jam atau hari menerusi platform layan diri melalui laman web atau aplikasi mudah alih.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.