Kiriman pada: Wed, Jan 20th, 2016

MB Perak Terima Kunjungan Dua Ketua Jabatan Baharu

Kongsi maklumat ini
Tags

gxnIPOH – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir hari ini menerima kunjungan hormat daripada dua ketua jabatan yang baru dilantik.

Majlis berlangsung di Pejabat Menteri Besar di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini selama kira-kira 30 minit.

Dua ketua baharu itu ialah Pengarah Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Perak, Abdul Rahman Harun serta Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan Perak, Mahadzir Elias.

Sebelum dilantik ke jawatan itu, Abdul Rahman, 56, merupakan Pengarah Bahagian Pentadbiran/Pengurusan, Jabatan Imigresen Malaysia di Putrajaya.

Mahadzir, 45, pula sebelum ini berkhidmat sebagai Pengarah Pusat Rawatan Pemulihan dan Prihatin Bukit Chabang, Perlis.

Pelantikan Abdul Rahman berkuat kuasa sejak 15 Oktober 2015, manakala Mahadzir pada 4 Januari lepas.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.