Kiriman pada: Wed, Dec 9th, 2015

Mc Donald – Mudahnya Meranapkan Ekonomi Melayu Dengan Jenama Islam.

File photo of a McDonalds sign in Arundel Mills MarylandApabila Donald Trump di dalam kempen Presiden Amerika Syarikat mendesak pentadbiran Amerika Syarikat untuk mengharamkan kemasukkan dan kehadiran orang Islam, Ianya mendapat tentangan hebat dari warga Amerika sendiri, Menampakkan bertapa resisnya Donald.

Kenyataan itu mengundang kritikan daripada pesaing Trump dan ‘White House’ yang mengecam gesaan Trump itu kerana ia dianggap “amat bertentangan” dengan nilai-nilai Amerika Syarikat.

Malah Presiden Amerika, Barrack Obama sendiri kesal dengan sikap calon Republikan yang secara berterusan memperlekeh dan mempermainkan isu agama dalam setiap kempen mereka.

Itu yang berlaku di Amerika yang tanpa berselindung mereka beranggapan bahawa Islam itu adalah satu agama keganasan, Berbeza pula kita di Malaysia, Di sini walaupun negara ini berstatus sebuah negara Islam tetapi kita di kaitkan dengan keganasan Yahudi dengan menyokong Israel.

Trump berjaya mengunakan agama Islam untuk mencari populariti dan menyekat hak kebebasan beragama di Amerika tetapi kita di Malaysia pula menyalahgunakan hak kita sebagai rakyat beragama Islam dengan membuat tuduhan tanpa bukti jelas, hanya sekadar dengar pandang sahaja.

Kita pernah di momokkan dengan dawaan bahawa ada badan-badan NGO dan koperat telah menjalankan ativiti menyalurkan bantuan kepada Israel melalui kutipan derma atas nama tabung bantuan bencana dan ‘mercy’ peringkat dunia.

Persoalannya mengapa kita terlalu mudah menerima sesuatu dakyah hanya berlebelkan agama dan kita menerima bulat-bulat tanpa membuat sebarang penyelidikan terlebih dahulu, Kita lebih mudah memberi simpati kepada sesuatu berita yang kita baca dan dengar, dari kita memikirkan apakah sesuatu berita itu benar atau sebaliknya.

Begitulah yang di alami oleh syarikat pengendali sajian makanan segera McDonald di Malaysia yang menjadi mangsa boikot kononnya McDonald menyalurkan bantuan kepada negara Israel.

Malah telah ujud banyak blog dan sebaran media yang membentangkan sejumlah kira-kira kewangan yang kononnya telah di serahkan kepada Israel, Tidak pula di dedahkan dari mana sumbernya, Jika kita membaca maklumat mereka maka kita sudah boleh di iktiraf telah menamatkan pengajian MBA atau PHD, Tetapi di mana rujukkan yang boleh mengesahkan dakwaan mereka?.

Ini yang di sebut awalan tadi, rakyat negara ini mudah menerima segala tomahan tanpa membuat kajian dan menilai rujukkan atau sumber yang di berikan. Semuanya di terima tanpa perlu berfikir sedalamnya, Bertindak seperti lembu yang dicucuk hidung.

Jika di baca pada *artikel yang lalu ada di sisipkan gambar sebuah restoran makanan segera McDonald di Timur Tengah dan rakyatnya sedang berbaris untuk mendapatkan sajian mereka. Adakah mereka ini tidak simpati kepada rakan sebangsa mereka. Mengapa mereka ini tidak memboikot McDonald di tempat mereka.

Disini jelas bahawa mereka memahami apa isu sebenar yang sedang melanda negara berkenaan, Tetapi untuk membuat sesuatu provokasi ianya lebih mudah dengan mengunakan nama Islam. Lihat sahaja contoh Donald Trump yang cuba meraih populariti dengan mengaitkan Islam. Mereka lebih mengenali Donald sebagai anti Islam dari seorang billionwan hartanah.

Jadi fahamilah mengapa perlunya di hentikan aktiviti boikot restoran sajian makanan segera ini (McDonald) yang kita sendiri tidak mempunyai maklumat berhubung kaitnya dengan derma kepada Israel. Sedangkan kita tahu kebanyakkan restoran McDonald ini adalah milikkan orang Islam, Pekerjanya dari pengurusan sahingga kepada ‘krew’ di restoran hampir 85% terdiri dari bangsa Melayu Islam.

Sebenarnya mereka yang melancarkan kempen ‘Boikot McDonald’ ini telah menjalankan dakyah dan propaganda Yahudi tanpa di sedari dan seterusnya menyumbangkan kepada keruntuhan ekonomi anak bangsanya sendiri dengan mengunakan agama Islam.

Adalah di nasihatkan kepada semua rakyat Malaysia sebelum melakukan sesuatu tindakan, tanganilah dengan ilmu, bukan dengan emosi. Siasatlah dahulu sesuatu isu dan kumpullah sebanyak mungkin fakta berkaitan sebelum melakukan tindakan yang boleh dikatakan sebagai sia-sia.

*Billionwan hartanah yang meraih populariti dengan menghina Islam.

*Billionwan hartanah yang meraih populariti dengan menghina Islam.

Siri Seterusnya – Benarkah Mc Donald Menyumbang kepada tabung Israel.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.