Kiriman pada: Sun, Jan 22nd, 2017

MCA – DAP Bukan Parti Yang Membela Rakyat

Kongsi maklumat ini
Tags

Semakin hampirnya tarikh pilihan raya ke 14, semakin kalut kepimpinan pembangkang yang diketuai oleh DAP mencari bahan untuk do momokkan kepada rakyat, kerana mereka tahu hanya dengan momokkan sahaja membolehkan rakyat untuk terus memberikan sokongan kepada mereka.

Yang terkini mereka menggunakan bekas musuh mereka sejak sekian lama ia itu Mahathir Mohamad sebagai perisai hadapan untuk menyebarkan momokkan palsu dan rekaan semata termasuk yang terbaharu menuduh MCA menuntut kerusi Timbalan Perdana Menteri.

Seperti yang diperkatakan oleh Presiden MCA, Datuk Liow Tiong Lai bahawa DAP memiliki 38 kerusi parlimen, namun tiada satu pun kawasan parlimen yang di kuasai DAP mendapat faedah terus.

Segala yang diperkatakan oleh datuk Seri Liow ada benarnya kerana selama ini penduduk di sekitar kawasan parlimen yang dimiliki pembangkang terutamanya DAP tidak mendapat sebarang faedah terus dari DAP melainkan ianya datang dari hasil usaha parti MCA sendiri.

Mungkn selama ini mereka terleka dengan isu-isu yang dimainkan oleh DAP terutama isu keagamaan dan kaum menjadikan rakyat terlupa akan kebajikan mereka yang terabai selama ini, dan kini bila menghampiri pilihan raya ke 14 maka pihak pembangkang mula mencipta isu agar rakyat kembali sebok memikirkannya dan terlupa kelemahan wakil rakyat pembangkang terutama DAP yang tidak menjalankan tugas mereka sebagai wakil rakyat.

DAP dilihat kian banyak membuat tuduhan liar dengan mengunakan Mahathir dan menyerang MCA, sebagai contoh DAP telah menanam sifat wasangka kepada rakyat dengan pelaburan dari negara China kononnya kaum Cina di negara ini akan di sisih kerana MCA adalah alat kepada negara China.

Datuk Seri Liow juga berpandangan bahawa DAP tidak faham pelaburan negara China di sini adalah kerana hubungan baik yang sedia ada diantara kedua negara yang telah terjalin sejak sekian lama, sekali gus menafikan dakwaan DAP bahawa MCA adalah agent mewakili negara China dalam pelaburan mereka.

DAP cuba menafikan pelaburan dari negara China akan menyebabkan peniagan tempatan peroleh manfaat , kerana dasar kerajaan barisan Nasional adalah menjaga kepentingan rakyat terlebih dulu.

Selain itu DAP juga didakwa suka membuat dakwaan dan andaian yang tidak benar, malah Datuk Seri Liow juga turut menjelaskan bahawa MCA dan kerajaan Barisan Nasional sentiasa menjaga kebajikan masyarakat Cina di negara ini, tidak seperti DAP yang hanya berkehendakkan undi tanpa memberikan sebarang khidmat bakti.

Datuk Seri Liow Tiong Lai juga meminta kepada rakyat khususnya masyarakat Cina dinegara ini agar tidak membuat kesilapan dengan memberi undi kepada parti pembangkang pada PRU ke 14 nanti.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.