Kiriman pada: Thu, Jul 16th, 2015

MCA, GERAKAN seru hayati semangat Aidilfitri

Kongsi maklumat ini
Tags

TIONG LAIKUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia perlu mengambil kesempatan perayaan Aidilfitri ini untuk mengukuhkan hubungan dan persefahaman tanpa mengira bangsa dan agama bagi mengekalkan keharmonian sedia ada. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata rakyat juga harus mengetepikan tindakan pihak yang cuba memecah-belahkan mereka. “Ia penting untuk generasi akan datang yang bakal menjadi pemacu kemajuan negara. Ia menjadi tanggungjawab kita memastikan negara ini terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa.” kata Liow yang juga Presiden MCA dalam ucapan Aidilfitrinya.

Menurut Liow, sambutan lebaran bukan hanya waktu istimewa untuk orang Islam memohon keampunan dan mengukuhkan silaturahim tetapi juga kepada semua rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum mengukuhkan perpaduan. Selain menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya, Liow turut meminta pengguna jalan raya memastikan keselamatan ketika dalam perjalanan untuk balik kampung. Sementara itu, Presiden GERAKAN, Datuk Mah Siew Keong, meminta rakyat negara ini merenung sejenak diri sendiri dan bersedia menghadapi cabaran akan datang. Katanya, sejak beberapa bulan kebelakangan ini Malaysia berdepan pelbagai cabaran khususnya kepada politik negara, isu sosio ekonomi serta spekulasi media yang mengakibatkan kebimbangan dan kekeliruan. “Namun dalam waktu yang sukar ini, kita tidak harus mengalah untuk mengekalkan rasa hormat dan kasih sayang sesama kita. “Saya seru kepada rakyat negara ini tanpa mengira bangsa dan agama untuk sama-sama menghayati makna dan semangat hari raya,” kata Mah. Menurutnya, Aidilfitri adalah masa untuk bermaafan, berdamai dan memperbaharui hubungan sesama manusia. “Sifat mulia memaaf sudah terbukti dengan kejayaan negara kita dan ia harus terus dijadikan nilai pegangan nasional untuk maju sebagai sebuah negara,” katanya.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.