Kiriman pada: Sun, Jan 22nd, 2017

MCA – Jahatnya Mahathir Dalam Berpolitik

Kongsi maklumat ini
Tags

Ramai yang berpandangan bahawa dakwaan Mahathir bahawa MCA pernah memohon jawatan Timbalan Perdana Menteri sebagai mainan politik untuk meraih sokongan rakan pembangkang dan membuktikan bahawa dirinya benar-benar mahu menjahanamkan parti UMNO dan Barisan Nasional yang menjadi impian parti pembangkang yang di ketuai oleh DAP sejak sekian lama.

Sebenarnya apa yang berlaku pada ketika kepimpinan era Mahathir ianya ahanya semata mahukan menyelesaikan beberapa masalah yang timbul ekoran negara Malaysia yang masyarakatnya terdiri dari pelbagai etenik kaum dan agama terutama bagi kaum bukan Melayu dan Islam.

Dan pada ketika itu ianya dilihat sebagai satu proses dalam amalan demokrasi yang sihat dan sekadar menyalurkan hasrat masyarakat bukan Melayu untuk melihat ada diantara kaum bukan Melayu menduduki kerusi tertinggi didalam pemerintahan dan bukan kerana kuasa semata ianya tidak sama dengan impian parti pembangkang yang mahukan tempat tertinggi dan berkuasa menentukan itu ini seperti yang pernah berlaku di Perak suatu ketika dahulu.

Tiada apa yang salah sekiranya ada parti didalam komponan Barisan Nasional menyampaikan permohonan jawatan tersebut sebagai menyampaikan hasrat penyokong sesebuah parti dan Perdana Menteri berhak menentukan sama ada perlu atau tidak dan ianya bukan suatu paksaan, ini berbeza dengan kumpulan pembangkang yang kelihatan seperti mendesak.

Apa yang cuba dibangkitkan oleh Mahathir hanya sekadar mahu memanaskan dan cubaan untuk merenggangkan hubungan baik yang telah dibina sejak sekian lama didalam Barisan Nasional dan yang nyata cubaan ini sekdar mahu meraih undi dan sokongan masyarakat Melayu yang kini kurang minat dengan parti baharu yang dipimpin Mahathir.

Yang keduanya bagi memperbaiki hubungannya dengan Lim Kit Siang yang tidak begitu selesa dengan kesilapan ucapan Mahathir yang mengatakan bahawa DAP yang mahukan kerusi Timbalan Perdana Menteri, setelah menyedari bahawa tindakannya itu mendapat tentangan maka Mahathir menghala kesilapan itu kepada parti MCA.

Ini semua adalah jalan politik jahat Mahathir yang mahu mengeruhkan suasana politik semasa dengan tujuan untuk memancing undi serta meraih sokongan terutama orang Melayu setelah banyak jalan yang dilaluinya tidak menyampaikannya kepada penghujung.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.