Kiriman pada: Thu, Nov 12th, 2015

MCA Keji Perbuatan Elvin

Kongsi maklumat ini
Tags

Alvin_tan_bloggerTindakan Elvin Tan yang menghina agama Islam didalam laman sosialnya bukan sahaja mengundang kemarah rakyat Malaysia yang beragama Islam tetapi turut di kecam oleh pelbagai kaum di negara ini.

Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr. Ir. Wee Ka Siong turut mengutuk sekras-kerasnya perbuatan keji Elvin, Ini membuktikan bahawa semua kaum di negara ini turut mengeji penghinaan tersebut tanpa mengira latar belakang keturunan, kaum dan agama mereka.

Tindakan Wee Ka Siong yang di lihat senada dengan pemimpin lain didalam parti komponan Barisan Nasional di lihat benar benar menepati perlembagaan negara ini yang menetapkan bahwa Islam adalah agama Persekutuan dan sekali gus dilihat beliau benar benar memahami isi hati dan sensitiviti umat Islam Negara ini.

Elvin Tan yang kini melarikan diri dan berada di luar negara telah memuat naik beberapa keping gambar yang dikira sebagai menghina Alquran kitab Suci bagi umat Islam yang telah di gunakan sebagai pengesat najis didalam tandas, Tindakan ini telah mengundang kemarahan bukan sahaja rakyat Malaysia tetapi seluruh umat Islam di dunia.

Wee Ka Siong yang mewakili parti MCA ( parti kompenan mewakili kaum Cina didalam Barisan Nasional) dilihat lebih prihatin kepada penyatuan kaum di negara ini jika di bandingkan dengan pemimpin parti pembakang walaupun dari mereka yang beragama Islam yang di lihat tidak membuat sebarang bantahan terhadap kelakuan biadap dan jijik Elvin.

Parti pembangkang sebenarnya tidak mengambil peduli terhadap sensitiviti umat Islam di negara ini, Tetapi sebenarnya hanya berpura-pura mengambil berat hanya untuk meraih undi orang Melayu.

Jika isu melibatkan kepentingan politik maka suara pembakanglah yang paling kedepan, tetapi didalam isu kemasyarakatan dan penyatuan kaum, pembangkang akan menyepikan diri, pendirian ini berbeza dengan pemimpin-pemimpin MCA yang sentiasa bersama dalam apa sahaja situasi, apatah lagi jika ianya melibatkan rakyat negara ini tanpa mengira kaum dan agama.

Diharap rakyat Malaysia dapat menilai bahawa usaha penyatuan kaum ini menjadi perkara pokok kepada setiap kepimpinan parti komponen didalam Barisan Nasional, berbeza dengan parti pembangkang yang hanya bersatu untuk kepentingan kuasa dan politik sahaja selainnya mereka tidak ambil peduli.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.