Kiriman pada: Tue, Nov 10th, 2015

MCA – Kekalkan Keharmonian

Kongsi maklumat ini
Tags

liow rayaKuala Lumpur – Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam ucapannya sempena Hari Deepavali menggesa rakyat Malaysia supaya terus memupuk semangat perpaduan yang terjalin sejak sekian lama ini.

Bertepatan dengan amalan hidup dalam suasana muhibah rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini, saranan supaya rakyat Malaysia ini terus memupuk semangat perpaduan perlulah di beri perhatian.

Negara Malaysia terkenal dengan kepelbagaian budaya dan agama perlu membina kekuatan perpaduan melalui penertaan semua kaum didalam aktiviti perayaan yang di sambut di negara ini.

Saperti hari ini di mana kaum Hindu di Malaysia menyambut hari Depavali ia ini sambutan hari kebesaran bagi kaum Hindu yang di raikan di seluruh negara. Inilah satu suasana yang sukar didapati dimana-mana negara melainkan di bumi bertuah Malaysia.

Menurut Tiong Lai perayaan saperti ini tidak mungkin dapat disambut sekiranya rakyat negara ini hidup didalam suasan yang tidak aman dan bergolak, Suasana aman, harmoni dan makmur dalam masyarakat berbilang kaum dan agama ini hanya perlulah di kekalkan bagi menjamin agar keharmonian kekal untuk di nikmati.

Beliau turut mengingatkan bahawa adalah penting untuk rakyat negara ini untuk terus bersatu dan mengeratkan hubungan serta mengukuhkan keharmonian yang telah dinikmati sejak sekian lama.

Datuk Seri Liow Tiong Lai juga Menteri Pengangkutan mengucapkan ‘Happy Depavali’ kepada selkuruh rakyat Malaysia yang beragama Hindu.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.