Kiriman pada: Tue, Jan 12th, 2016

MCA – Kerjasama Dengan SPRM Ujud Budaya Berintegiriti Dalam Berpolitik

Kongsi maklumat ini
Tags

mca-2Walaupun parti pembangkang yang kini di kepali oleh parti DAP sering mengwar-warkan seolah-olah Parti Barisan Nasional yang di tunjani UMNO adalah sebuah arti yang penuh dengan korapsi, tetapi hakikatnya yang tersirat parti mereka lah yang terlebih kearah itu.

Sahingga kini parti mereka yang terlebih membela penjenayah terutama jenayah korup dengan melindungi pihak berkenaan dan jika di teliti sahingga kini belum pun ada lagi dari pihak pembankang yang menganjurkan aktiviti mendidik masyarakat berhubung isu rasuah.

Tetapi hal ini tak berlaku pada parti komponan Barisan Nasional sepertimana yang di lakukan oleh Parti MCA parti yang mewakili kaum Cina di Malaysia yang mana baru baru ini telah menandatangani Memorandum Kerjasama Latihan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tujuan kerjasama ini adalah untuk memperkenalkan kursus anti rasuah ini ke dalam kursus pembelajaran sekolah Pengajian Politik MCA selain penganjuran seminar-seminar anti rasuah secara berpenggal bersama SPRM

Perjanjian yang ditandatangani oleh Pengetua Sekolah Pengajian Politik MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun dengan Timbalan Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mustafar Ali dan disaksikan oleh Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Selain itu menurut Mei Fun, pada masa akan datang sekolah berkenaan juga akan bekerjasama dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta organisasi antarabangsa.

Cadangan untuk mengadakan kerjasama dengan SPRM telah pun di bincangkan hampir setahun yang lalu, yang mana akhirnya Presiden Parti, Datuk Seri Liow Tiong Lai telah menyarankan supaya Sekolah Pengajian Politik MCA digunakan untuk mendidik pemimpin-pemimpin parti itu di peringkat akar umbi.

Untuk tahun lalu sahaja Sekolah Pengajian Politik MCA telah berjaya melatih hampir 5000 ahli dalam kursus berkenaan dan mensasarkan untuk melatih lebih ramai lagi bagi tahun 2016, di jangkakan seramai 10000 ahli MCA lagi akan di latih.

Menurut Wee Ka Siong, MCA akan pergi ke seluruh pelusuk negara untuk menarik lebih ramai wakil rakyat, ahli majlis, ketua kampung dan pemimpin-pemimpin komuniti yang lain untuk menyertai kursus tersebut. kerana mereka adalah barisan paling utama di seluruh pelusuk negara.

“Adalah penting untuk kita menyuntik elemen memerangi rasuah di kalangan mereka” kata Wee Ka Siong yang juga Timbalan Presiden MCA.

Beliau juga menyatakan bahawa daripada bancian yang dibuat oleh MCA, parti itu mendapati selain isu kos sara hidup, ramai daripada responden menyuarakan kebimbangan terhadap persepsi rasuah.

Diharapkan dengan modul pencegahan ini ia dapat membentuk parti dan ahli politik di Malaysia supaya mempraktikkan amalan budaya berintegiriti dalam berpolitik.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.