Kiriman pada: Fri, Dec 30th, 2016

MCA – Mahathir Menghina Penerima BR1M

Kongsi maklumat ini
Tags

Setelah Mahathir mengharamkan BR1M yang diberikan oleh kerajaan Barisan Nasional untuk semua rakyat Malaysia tiada pun sokongan dan persetujuan dari mana-mana pihak termasuk parti politik yang mewakili kaum atau badan-badan kebajikan yang bersetuju dengan pengharaman Mahathir.

Apatah lagi bagi mereka yang bukan dari beragama Islam yang rata-rata tidak setuju dengan kenyataan Mahathir tersebut, malahan pemimpin tertinggi dari parti MCA sendiri yang banyak membantu kaum Cina di Malaysia menyifatkan BR1M amat membantu rakyat negara ini yang kurang berkemampuan tanpa mengira keturunan dan kaum serta agama, malah tidak juga melihat fahaman politik penerima.

Malah jika dilihat dari sorotan sokongan adalah dikalangan pihak pembangkang sendiri menyediakan pusat untuk melakukan semakkan nama bagi penerima BR1M untuk memudahkan mereka melakuka semakan, ini bererti bahawa tindakan Mahathir mengharamkan pemberian BR1M tidak mendapat sokongan dari rakan parti pembangkang sendiri.

Mereka memaklumkan bahawa jika pembangkang menolak pemberian bantuan kerajaan Barisan Nasional ini bererti mereka telah menafikan hak rakyat terutama di Selangor sendiri yang di tadbir oleh pembangkang dimana hampir 1,017,403 dari keseluruhan jumlah 7,280,340 penerima BR1M.

Menurut Bendahari Agung Pemuda MCA Michael Lee memaklumkan bahawa banyak kerajaan-kerajaan di dunia yang mempunyai bentuk skim bantuan kewangan untuk rakyat yang dilanda masalah kewangan, sama ada dari segi skim makanan, skim pencen atau bayaran tunai secara langsung yang dimasukkan ke dalam akaun bank mereka.

Jadi soal BR1M ini haram dan menyalahi undang-undang adalah satu tindakan terdesak Mahathir untuk menghina penerima BR1M, malah menggambarkan sifat negatif diamalkan pihak pembangkang terhadap usaha murni kerajaan Barisan Nasional (BN).

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.