Kiriman pada: Mon, Jan 23rd, 2017

MCA – Mahathir Sudah Kelabu

Kongsi maklumat ini
Tags

Bukan sahaja Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak menyangkal dakwaan di ikuti pula dengan Presiden MCA sendiri Datuk Seri Liow Tiong Lai dan kini Timbalan Presiden MCA juga turut menyangkal dakwaan kononnya MCA ada memohon untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Datuk Seri Dr Wee Ka Siong juga memaklumkan sekadar berbual diantara ahli dan cakap-cakap kedai kopi adalah keluasan demokrasi yang diamalkan dinegara ini serta kebebasan bersuara yang diamalkan, jadi jika ahli berbual soal kedudukan Timbalan Perdana Menteri kedua itu bukanlah permohonan rasmi parti lagi pun ianya tidak pernah di bincangkan secara terperinci.

Datuk Seri Wee juga berkata bahawa berbeza dengan permintaan oleh parti DAP yang diajukan sendiri oleh Lim Kit Siang, yang merupakan kepimpinan tertinggi parti itu kepada Mahathir, yang telah disahkan sendiri oleh Mahathir yang kini menjadi rakan karibnya berbeza 23 tahun dahulu.

Tiada satu pun surat resmi yang mengesahkan bahawa MCA ada memohon jawatan tersebut sahingga kini oleh kepimpinan tertinggi parti tersebut, sekadar berbual di kedai kopi bukanlah bermakna ianya adalah tuntutan resmi parti.

Datuk Seri Wee juga memaklumkan bahawa jika perkara sekadar berbual dan cakap-cakap ketika keluar dari dewan mesyuarat itu adalah perkara biasa sama seperti bercakap soal mengembalikan jawatan Menteri Pengangkutan kepada MCA, itu adalah perkara lumrah dan biasa ketika berbual, selagi ianya tidak di susuli dengan surat resmi maka ianya bukanlah satu permintaan yang perlu dibincangkan dengan serius.

Mahathir pada beberapa hari yang lalu telah mendakwa bahawa MCA pernah memohon jawatan Timbalan Perdana Menteri, mungkin setelah sedar kesilapan dan terlepas kata bahawa parti DAP ada meminta jawatan tersebut atau mungkin kerana Lim Kit Siang telah menundingkan jarinyanya maka Mahathir membuat pusingan dan menuduh MCA yang pernah memohon jawatan tersebut.

Datuk Seri Wee juga memaklumkan, adalah kurang masuk akal jika difikirkan diketika kedudukan parti itu lemah, mereka mahu menuntut sesuatu perkara yang besar didalam kedudukan.

Seperti kita sedia maklum MCA pada tahun 2008 kedudukan parti itu agak kritikal kerana jumlah kerusi yang mereka menangi telah menurun hampir 47% sahaja, jadi adalah tidak masuk akal jika parti MCA meminta sesuatu kedudukan yang tinggi diketika parti itu dalam keadaan lemah.

Tuduhan Mahathir yang mewakili DAP sering serta memperlekeh MCA bolehlah dikatakan bahawa Mahathir adalah seorang ‘kaki pusing’ malah ada beberapa orang pemimpin kanan parti MCA meminta rakyat agar tidak mengambil pusing dengan cakap-cakap Mahathir yang kini sudah kian ‘kelabu’.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.