Kiriman pada: Thu, Dec 10th, 2015

MCA mahu UMNO terus kukuh, bersatu

Kongsi maklumat ini
Tags

UMNO 2015KUALA LUMPUR: MCA sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) mahu melihat UMNO terus kukuh dan bersatu padu bagi memastikan agenda transformasi negara berjalan lancar. Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata semua parti mempunyai masalah masing-masing namun setiap parti juga mempunyai kebijaksanaan tersendiri dalam mencari penyelesaian terbaik. “Seperti ditegaskan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO dalam ucapan dasarnya tadi beliau berjiwa besar dan akan memastikan semua ahli UMNO dapat bersatu padu. “Ini sekali gus dapat memastikan BN terus kukuh bagi menghadapi cabaran pada masa hadapan terutama Pilihan Raya Umum ke-14 nanti,” katanya dalam reaksi ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak pada perasmian Perhimpunan Agunh UMNO2015, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini pagi tadi.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.