Kiriman pada: Wed, Feb 15th, 2017

MCA – Peluang Yang Tidak Harus Di Lepaskan

Kongsi maklumat ini
Tags

MCA perlu mengambil peluang terkini yang sudah terbentang dihadapan mereka dengan berlakunya krisis dalaman yang sedang dihadapi oleh parti seteru mereka DAP, perkara yang tidak lagi boleh mereka sembunyikan.

Jika dahulu parti DAP sering memperlekehkan MCA yang dikatakan tidak banyak membantu kaum CIna di negara ini, yang menyebabkan parti terbesar kaum Cina dalam komponan parti Barisan Nasional menerima kekalahan yang teruk pada PRU ke 12 dan ke 13.

Oleh itu kesempatan yang pada masa kini seharusnya di pergunakan dengan sebaiknya, malah mereka juga sering bercakap bahawa pelung yang baik tidak akan datang berulang kali, jadi pelang yang ada pada hari ini tidak harus dilepaskan begitu sahaja.

Peluang ini perlulah diambil atau di ragut oleh semua ahli parti dan tidak sahaja mengharap kepada pemimpin parti mereka yang kita tahu telah bertungkus lumus memulih kan keyakinan rakyat kepada parti MCA.

Jentera parti MCA perlu terus bekerja keras didalam membantu pemimpin mereka terutama Presiden Parti MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Timbalan Presiden Parti Datuk Seri Wee Kha Siong serta beberapa lagi orang kanan parti yang sering kita lihat sentiasa mendampingi rakyat khususnya kaum Cina.

Dengan berlakunya pergolakan didalam FDAP maka MCA seharusnya tidak memandang sambil lewa akan peluang iini walaupun pada sesetengahnya melihat isu keluar parti parti pemimpin DAP adalah lumrah mainan politik.

Pemimpin dan Ahli MCA perlu memikirkan bagaimana mahu mengunakan peluang ini untuk memberi penjelasan akan sumbangan bakti parti MCA yang banyak membantu rakyat terutama kaum Cina, sekali gus menarik semla sokongan mereka kepada MCA pada PRU ke 14 nanri.

jelaskan juga bahawa selama ini DAP tidak penah mengambil tahu akan permasalah rakyat khususnya kaum Cina, yang mana parti DAP lebih kepada cakap-cakap dan memburukkan kerajaan dan MCA tanpa ada sebarang kemajuan malahan tiada bantuan pun yang pernah mereka salurkan.

Kaum Cina negara ini kini lebih mengharapkan kesunguhan gerak kerja dari MCA untuk mendampingi mereka, setelah mereka terpedaya dengan tipu helah DAP untuk berkuasa tanpa memperdulikan nasib mereka terutama di kampong-kampong dan kawasan luar bandar.

Situasi ini sekali gus membuktikan sikap sebenar DAP yang suka bercakap politik dari membuat kerja membantu rakyat.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.