Kiriman pada: Wed, Dec 21st, 2016

MCA Perlu Cergas Untuk Berhadapan Dengan DAP

Kongsi maklumat ini
Tags

MCA perlu bersikap agresif untuk berdepan dengan parti pembangkang yang diketuai oleh DAP yang monopoli pengundi Cina pada pilihan raya ke 12 dan 13 yang lalu untuk persiapan menghadapi pilihan raya ke 14 nanti.

Jika itu yang dimaksudkan oleh Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bekas Presien MCA maka ahli MCA perlu bersiap sedia dan kedepan didalam menghampiri setiap inci tanah untuk memenangi hati pengundi dan tidak boleh merasa selesa dengan apa yang telah disediakan.

Malah pihak MCA perlu mendepani pelbagai kerenah termasuk fitnah yang dihamburkan oleh mereka terhadap kerajaan dan rakan sekutu lain didalam Barisan Nasional, sudah tiba masanya MCA bertindak lebih keras didalam menghadapi fitnah pembangkang.

Walaupun tidak perlu mengambil contoh apa yang telah dilakukan oleh bekas Presiden mereka tetapi ahli MCA perlu menjana suatu idea baharu bagi berhadapan dengan kerenah pembangkang terutamanya DAP yang begitu kuat melobi kaum Cina untuk menolak kerajaan Barisan Nasional dengan pelbagai isu ciptaan.

Sudah cukuplah hampir 10 tahun masyarakat Cina memingirkan parti MCA yang pernah memayungi mereka selama ini atas kerana termakan pujuk rayu dan mainan politik kebencian dari parti DAP.

Namun begitu diatas keyakinan ahli ke atas kepimpinan Presiden parti, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Timbalannya Datuk Seri Wee Ka Siong, MCA diyakini mampu menjana kembali kekuatan dan sekaligus merampas kembali kerusi yang tertewas ditangan pembangkang pada PRU ke 13 yang lalu.

MCA harus membaca dan mengambil peluang di atas kekalutan yang sedang melanda pakatan pembangkang kini, kesempatan yang tidak kita pasti bila lagi akan berulang dan peluang yang ada jangan dilepaskan begitu sahaja.

Ahli MCA dibawah kepimpinan Datuk Seri Liow dan Datuk Seri Wee perlu mengukuhkan semula benteng parti mereka disamping mengatur beberapa strategi bagi melumpuhkan gerakan pembangkang yang diketuai oleh DAP.

Bukan perkara mustahil untuk MCA kembali mendapat sokongan masyarakat Cina dan kembali memberi sokongan dan mencatat kemenangan buat Barisan Nasional pada PRU ke 14 jika MCA bersama dan bersatu dalam memberi tumpuan untuk kemenangan pada pilihan raya ke 14 nanti.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.