Kiriman pada: Tue, Nov 22nd, 2016

MCA Pulihkan Keyakinan Kaum Cina

Kongsi maklumat ini
Tags

pulihBoleh dikatakan penganjuran Bersih 5 sebagai tiada bermatlamat, ia hanya sekadar pesta anak muda untuk berpeleseran dan tuntutan yang di buat oleh kumpulan haram Bersih ini hanyalah retorik dengan tujuan sebenar mereka hanya mahu mengambil kuasa melalui himpunan jalanan dan tidak melalui jalan demokrasi yang menjadi amalan negara ini.

Rakyat seharusnya membuka mata mereka dan dapat melihat apa sebenarnya yang pihak kumpulan haram Bersih ini mahu, tujuan mereka hanya mahu mengambil alih kerajaan melalui jalanan, sedang segala apa yang mereka tuntut telah pun dilaksanakan oleh kerajaan yang memerintah hari ini.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow yang juga Presiden MCA, berkata bahawa MCA amat menyokong pilihan raya yang bersih dan adil tetapi pihak pembangkang yang diketuai oleh DAP menggunakan Bersih untuk dijadikan alat bagi mencapai matlamat peribadi mereka yang jauh menyimpang dengan kehendak demokrasi malah boleh dikatakan DAP telah mempergunakan kaum Cina untuk propaganda jahat mereka.

Parti MCA tidak pernah mengajar ahlinya untuk membuat huru-hara dijalanan dan menentang segala perancangan yang dibuat kerajaan malah parti MCA sentiasa memberikan komitmen 100 peratus terhadap Barisan Nasional dan mereka turut berharap, ahlinya berada di landasan yang sama dengan parti.

Bagi MCA ianya bukan satu kerja mudah untuk menarik kaum Cina untuk menyokong Barisan Nasional, namun dengan usaha keras setiap ahli parti kepimpinan MCA yakin bahawa masyarakat Cina negara ini akan kembali memberi sokongan kepada parti berkenaan dan seterusnya memberi sokongan kepada Barisan Nasional.

MCA sedar bahawa ramai kaum Cina negara ini telah mula terhasud dengan dakyah pembangkang terutama parti rasis DAP, tetapai sejak kebelakangan ini kepercayaan kaum Cina terhadap kepimpinan Dato’ Seri Najib telah sedikit-demi sedikit dan mula kembali pulih serts yakin dengan kerajaan Barisan Nasional.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.