Kiriman pada: Sat, Jan 14th, 2017

MCA Tampil 50 Peratus Muka Baharu Di PP

Kongsi maklumat ini
Tags

Georgetown – MCA bakal menampilkan lebih 50 peratus calon baharu, sekiranya diberi peluang bertanding di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan datang.

Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan, berkata pihaknya sudah mengenal pasti calon bersesuaian, berdasarkan rekod peribadi yang bersih serta mampu memberi khidmat bakti kepada rakyat.

“Jika diberi peluang, sudah tentu MCA mahu meletakkan calon dan bertanding di Pulau Pinang pada PRU-14 tetapi semuanya bergantung kepada perbincangan bersama rakan parti komponen yang lain.

“Kita tidak mementingkan diri. Jika kawasan itu lebih sesuai dengan parti komponen lain, kita beri laluan.

“Namun jika MCA berpeluang, kita akan tampilkan banyak muka baharu,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Pusat Khidmat Lebuh Macallum di sini, hari ini.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.