Kiriman pada: Sun, Dec 20th, 2015

McDonald’s Di Miliki Oleh Yahudi Dan Anti Islam?

Kongsi maklumat ini
Tags

mcd2Perkara tajuk juga sering menjadi bahan kempen boikot McDonald’s yang sering di temui sama ada melalui sembang kedai kopi ataupun melalui sebaran media sosial terutama didalam kumpulan penguna aplikasi ‘whatapp’.

Untuk makluman awal McDonald’s tidak di miliki oleh mana-mana individu sama ada di Malaysia mahupun di luar negara terutama individu di Amerika Syarikat kerana ia adalah sebuah syarikat yang sahamnya diperdagangkan kepada awam di Bursa Saham New York (NYSE) semenjak tahun 1965 lagi.

Pemegang saham McDonald’s terlalu ramai menjakaui 1.8 juta pemegang saham dan ianya terdiri dari pelbagai bangsa dan agama dari seluruh dunia, Malah di maklumkan tidak ada seorang pun atau individu yang memegang saham melebihi 10% sahamnya.

Jadi tuduhan bahawa McDonald’s Malaysia menyalurkan bantuan kepada tabung Israel adalah tidak benar sama sekali dan ianya merupakan sengaja direka untuk membangkitkan rasa benci terhadap produk McDonald’s yang kini sudah mendapat tempat di hati pengemar makanan ringan.

Sebenarnya perkara boikot McDonald’s ini hanya berlaku di Malaysia sahaja tetapi tidak di negara-negara lain termasuk di negara Timur Tengah sendiri malahan di Tanah Haram Makkah dan Madinah juga terdapat beberapa premis yang menempatkan restoran McDonald’s ini. Tidak juga berlaku di Indonesia dan Brunei sedangkan keduanya juga adalah negara Islam.

Tetapi di negara ini kempen memboikot restoran keluarga ini di buat secara besar-besaran seolah-oleh ada tangan-tangan ghaib yang sedang memainkan peranan dan menanggung perbelanjaan untuk meranapkan penjana ekonomi orang Melayu yang kian meningkat ini.

Mereka yang menjalankan kempen memboikot McDonald’s ini sering membuat tomahan kononnya McDonald’s Malaysia membuat sumbangan kepada Israel melalui McDonald’s Amerika Syarikat menerusi bayaran royalti bagi pengunaan jenama McDonald’s.

Sebenarnya pembayaran royalti bagi pengunaan jenama adalah perkara biasa didalam dunia perniagaan begitu juga yang di lalui oleh McDonald’s Malaysia yang perlu membayar royalti bagi pengunaan jenama McDonald’s di Malaysia.

Apa yang perlu di ketahui umum adalah hampir 90% daripada pendapatan McDonald’s di Malaysia di gunakan kembali di Malaysia bagi tujuan perbelanjaan perniagaan atau operation ‘expenses’ seperti membayar gaji pekerja, sewa bangunan, bayaran bil air, letrik dan juga bayaran bekalan bahan mentah termasuk pembayaran cukai kepada kerajaan.

Selain itu juga ia digunakan sebagai perbelanjaan untuk membina bangunan atau rangkaian restoran yang baru atau membaikpulih restoran sedia ada. Malah pada tahun-tahun kebelakangan ini, kesemua keuntungan selepas cukai McDonald’s Malaysia telah di laburkan semula di Malaysia.

Jadi dakwaan bahawa McDonald’s Malaysia memberi dana sebagai sokongan kepada Israel dalam konfliknya dengan Palastin adalah tidak benar sama sekali dan tuduhan McDonald’s menyokong penindasan terhadap umat Islam saperti di Gaza adalah cerita rekaan yang sengaja dibuat untuk menjatuhkan rangkaian restoran keluarga ini.

Seperti yang telah di perjelaskan seawal dahulu McDonald’s amat menghormati pekerja-pekerja dan pelanggan mereka yang terdiri dari pelbagai latar belakang agama dan bangsa, McDonald’s tidak terlibat sama sekali dengan konflik politik atau keagamaan yang berlaku di mana-mana negara di dunia.

Jadi hentikanlah kempen boikot restoran keluarga McDonald’s yang tiada faedah ini, Dan jauhi mereka yang cuba membuat tomahan karut-marut mengenai McDonald’s dan kaitan kekejaman Israel ” i’m lovin’ it’ “.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.