Kiriman pada: Thu, Feb 25th, 2016

McDonald’s – Jangan Nafikan Hak Mereka

Kongsi maklumat ini
Tags

senyumanAdakalanya kita tidak terfikir akan apa yang akan berlaku atau kesan disebalik sesuatu tindakan kita, terutama apabila ianya berkaitan dengan orang ramai dan masyarakat, seperti memboikot Restoran Keluarga McDonald’s tidakkah mereka terfikir bahawa akan ada insan yang kerugian akibat dari tindakan yang tidak berakal itu.

Pernahkah mereka ini terfikir bahawa akan ada insan-insan yang kecewa bila mana bantuan yang di salurkan terpaksa dihentikan akibat keruntuhan sesuatu perniagaan yang sebelum ini sering memberi sumbangan terutama kepada kanak-kanak yang memerlukan.

Untuk makluman bagi tahun 2015 sahaja McDonald’s telah menyumbang sebanyak hampir 1.5 juta kepada rumah-rumah kebajikan dan bantuan bencana alam.

Soal menuduh McDonald’s menyumbang kepada pertubuhan Yahudi (Jewish United Fund (JUF) ) sahingga kini belum di buktikan lagi selain hanya membuat anggaran tanpa dibekalkan bahan sebagai rujukkan, tetapi apa yang di lakukan oleh McDonald’s terselah dan terbukti.

Selain McDonald’s rakyat Malaysia sendiri turut bersama memberi sumbangan kepada tabung yang di anjurkan oleh McDonald’s bagi tujuan membantu mereka yang memerlukan ia ini tabung Ronald McDonald House Charities (RMHC) yang tahun lalu telah berjaya mengumpulkan sebanyak RM813,440.00.

Selain di gunakan ntuk rumah kebajikan McDonald’s, wang tersebut turut digunakan ntuk membantu kanak-kanak yang telibat didalam bencana alam seperti kejadian banjir di Kelantan dan Terengganu, mangsa gempa bumi di Sabah juga memperbaiki serta mengantikan peralatan sekolah seperti kerusi, meja dan peralatan komputer yang rosak.8

Selain itu McDonald’s juga turut memberi sumbangan berupa buku bacaan didalam program buku Happy Meal McDonald’s, sebanyak 10,000 naskah buku Happy Meal telah disumbangkan kepada organisasi kebajikan dan rumah anak yatim, ianya bertujuan untuk menggalakkan tabiat membaca di kalangan generasi muda.

Itu adalah serba sedikit sumbangan McDonald’s kepada masyarakat dan rakyat Malaysia, jadi sekiranya perkara jumut untuk memboikot McDonald’s ini tidakkah nanti akan menyekat sumbangan kepada mereka, seolah menyekat rezeki kepada mereka terutama kanak-kanak yang memerlukan.

Berfikir waraslah kita sebagai rakyat Malaysia, sekiranya kita tidak mampu untuk membantu dari apa segi pun, janganlah pula kita merosakkan bantuan yang di beri.
2

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.