Kiriman pada: Mon, Jan 25th, 2016

McDonald’s – Kekal Membantu Kanak-Kanak Dan Warganegara Yang Di Timpa Musibah

Kongsi maklumat ini
Tags

kebajikan1Apabila disebut akan McDonald’s maka kita akan hanya mengingati Restoran Keluarga McDonald’s dan kebelakangan ini di lancarkan kempen boikot ke atas restoran tersebut, kerana di dakwa memberi sumbangan kepada Israel, tanpa sebarang bukti jelas yang boleh di kaitkan dengan apa yang di dakwa sebagai sumbangan kepada Israel tersebut.

Apa yang pasti mereka yang melancarkan kempen tersebut dengan jelas tidak meneliti maklumat atau mendapatkan penjelasan sebenar dari pihak pengendali rangkaian restoran tersebut, selain hanya mendengar dari orang yang mempunyai agenda disebalik kempen tersebut.

Sebenarnya McDonald’s tidak pernah menyalurkan bantuan ke tabung Israel, tetapi mereka lebih melaburkan keuntungan perniagaan mereka dengan membantu warga negara Malaysia terutama kanak-kanak yang kurang bernasib baik melalui Ronald McDonald House Charities (RMHC) atau Rumah Ronald McDonald, ini termasuk memberi bantuan bencana alam seperti banjir yang melanda negara baru-baru ini.

Jika kita dalam keadaan susah atau menerima musibah kemudiannya kita diberi bantuan, apa perasaan kita ketika itu, sudah pasti ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan keperitan yang sedang kita alami, itulah yang di lakukan oleh Ronald McDonald House Charities (RMHC).

Kebanyakkan aktiviti RMHC ini hanya berkisar didalam negara Malaysia sahaja, seperti membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, membantu mangsa banjir seperti yang berlaku di Pahang dan Kelantan awal tahun 2015 dan kesemua aktiviti ini dijalankan dengan kerjasama Mcdonald’s.rumahmcd

Jadi tuduhan terhadap Mcdonald’s kononnya membantu rakyat Israel adalah fitnah semata dengan tujuan untuk memburukkan Mcdonald’s yang kini menjadi pilihan ramai keluarga untuk menikmati makanan ringan sekeluarga.

Selain itu RMHC juga memberi bantuan dan menyediakan tempat tinggal bagi anak-anak yatim dan mereka yang hilang tempat tinggal secara sementara, McDonald’s bersama RMHC akan menyediakan tempat tinggal yang sesuai buat mereka.

Sebagai contoh, jika kita ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) disana terdapat sebuah rumah yang disediakan oleh Ronald McDonald House Charities (RMHC) bagi kegunaan keluarga atau pesakit kanak-kanak secara sementara semasa pesakit mendapat rawatan di rumah sakit berkenaan.

Tanpa mengira status agama, bangsa dan keturunan McDonald’s terus menjalankan aktiviti-aktiviti membantu masyarakat.

Oleh itu sebagai rakyat Malaysia yang matang, berpendidikan dan terbuka pemikiran mereka seharusnya memberi sokongan kepada aktiviti McDonald’s dan menolak tohmahan, fitnah serta seruan boikot yang di anjurkan oleh segelintir individu yang mempunyai agenda mereka sendiri.

Sebagai rakyat Malaysia juga kita seharusnya matang didalam membuat sesuatu keputusan dan tindakkan, bukan hanya sekadar mengikut seperti lembu di cucuk hidung tanpa membuat kaji selidik terhadap sesuatu isu.

Semoga McDonald’s melalui Ronald McDonald House Charities (RMHC) akan terus memberikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan ketika dilanda musibah tanpa memperdulikan rancangan jahat ‘orang-orang’ tertentu, rakyat Malaysia sudah bijak didalam membuat keputusan.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 3 komen
Sila nyatakan komen anda
  1. […] Malaysia, aktiviti-aktiviti kebajikan McDonald’s dilakukan menerusi Rumah Kebajikan Ronald McDonald dengan pelaksanaan beberapa program khusus. Selama  24 tahun, McDonald’s Malaysia telah Berjaya […]

  2. […] million to help over 20,000 underprivileged children in Malaysia through its charity of choice – Ronald McDonald House Charities. You can find out more about these specific programs […]

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.