Kiriman pada: Sun, Jan 10th, 2016

McDonald’s – Mengikut Biarlah Berakal

Kongsi maklumat ini

Halal_McDonalds_AJ_2904716bBenarlah pesan orang lama dahulu-kala jika mahu mengikut biarlah mengunakan akal, Tetapi berapa ramai ‘orang muda’ malahan ‘orang lama’ yang mendengar nasihat tersebut atau mahu mengikuti pesan yang di tinggalkan untuk kita hari ini.

Begitulah yang terjadi didalam isu memboikot restoran keluarga McDonald’s, pelbagai helah dan tema yang mereka guna untuk mempengaruhi pengikut agar mengikut apa yang mereka canangkan tanpa mereka menyelidik terlebih dahulu asal-usul berita atau maklumat yang disampaikan.

Setelah kempen mereka menemui jalan buntu, Mereka tiada cara lain lagi selain mengunakan isu yang berkait dengan agama dengan harapan mampu mengubah fikiran pengikut untuk menurut telunjuk mereka. Mereka melalkukan dosa bila menfitnah bahawa restoran Keluarga McDonald’s adalah tidak HALAL dimakan.

Perkara ini termasuk mereka membuat cerita yang diolah dari sumber yang tidak begitu pasti kejelasannya, malah ada diantara mereka dengan berani menfitnah pihak yang berwajib terhadap hukum hakam agama saperti pihak JAKIM dan sebagainya yang terlibat dengan urusan Syriah.

Kita berani mengatakan bahawa mereka yang melancarkan fitnah ‘Makanan McDonald’s tidak halal’ ini kurang ilmu dan maklumat didalam isu pengeluaran sijil HALAL dari JAKIM, malahan jika soal halal-haram makanan di restoran keluarga berkenaan di abaikan untuk apakah pihak pengurusan McDonald’s mengujudkan jawatankuasa Halal Dalaman.

Sebuah jabatan yang menjadi dan mewakili McDonald’s dalam pengurusan soal haram dan halal yang sentiasa berhubung baik dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Sekiranya mereka tidak meyakini badan yang di lantik oleh kerajaan bagi menjaga hal ehwal agama Islam di Malaysia siapakah yang mereka rujuk didalam soal halal-haram ini.

Seperti di jelaskan awal tadi mungkin mereka ini kurang berilmu atau sememangnya mereka mempunyai niat tersembunyi untuk memburukkan perniagaan restoran Keluarga McDonald’s dengan sajian makanan ringan yang sangat popular hari ini.

Untuk makluman, Bukan mudah pihak JAKIM untuk mengeluarkan sijil halal bagi sesuatu produk bagi keluaran mana-mana syarikat yang memohon sijil HALAL ini, Permohonannya bukan semudah hantar borang pagi tengahari sudah mendapat sijilnya, Ia tidak semudah itu.

Setiap permohonan perlu melalui satu tapisan yang paling rumit dan lama, Bukan sahaja bahan yang di guna,cara proses penyediaannya malahan sumber bahan tersebut juga perlu lulus syariah baru keputusan sijil itu layak dikeluarkan jika memenuhi tahap ‘kesuciaannya’ sebelum di katakan HALAL.

Jika didalam tapisan tersebut terdapat keraguan maka sijil tidak akan dikeluarkan ini termasuk pengunaan air paip sama ada untuk mencuci atau pun diguna dalam campuran masakan yang sumbernya mestilah bersih dan halal serta bukan air yang di curi dari paip kerajaan atau sambungan paip haram.

Bayangkan jika begini tapisannya sukarkah kita untuk menerima bahawa JAKIM mengeluarkan sijil HALAL kepada McDonald’s bukanlah kerana mereka di sogok dengan wang ringgit, Seperti kata seorang rakan yang berkhidmat dengan jabatan berkenaan ‘ Aku boleh kelip mata dengan mereka tetapi bagaimana aku nak kelip mata dengan Allah nanti di padang Masyar’.

Jika kita di Malaysia menyatakan bahawa haramnya makanan di restoran keluarga McDonald’s kerana sumbangan dana mereka kepada Israel bagaimana pula dengan negara Arab dan jajahannya yang juga banyak terdapat restoran keluarga McDonald’s.

Berkesempatan berada di King Abdul Aziz Airport, Madinah baru-baru ini untuk mengambil penerbangan pulang ke tanah air setelah selesai melaksanakan tugas disana, Sempat berihat sebentar di restoran keluarga McDonald’s disitu, Tiada banyak beza dari segi konsep dan perkhidmatan, Malah ramai di kunjungi orang ramai yang sudah pastinya beragama Islam.

Sekiranya negara Arab Bersatu sendiri pun tidak melancarkan gerakan memboikot restoran Keluarga McDonald’s ini malah membenarkan membuka perniagaannya di situ mengapa pula kita yang boleh di kira agak jauh dari segi perhubungan ‘kekeluargaan’ dengan rakyat Palastine atau pun Syria beria-ia nak boikot McDonald’s.

Sebenarnya kita pun keliru, Apa sebenarnya kehendak mereka yang membuat fitnah dan menyeru agar restoran Keluarga McDonald’s ini di boikot. Adakah mereka ini di dalangai oleh pihak tertentu yang mahu meruntuhkan empayar rangkaian perniagaan yang dimiliki oleh orang Melayu ini.

Jika hanya kerana jenama McDonald’s kononnya berbau USA atau Amerika Syarikat mengapa tidak kepada yang lain seperti peralatan yang mengunakan jenama RCA, Texas dan sebagainya sebagai contoh.

Betulah pesan orang-orang lama ‘jika mahu megikut biar berakal’ jangan main sondol sahaja.

mc3

mc2

mc1

halal

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.