Kiriman pada: Fri, Jan 15th, 2016

McDonald’s – Qualiti Produk (Ikut Syarat Kem. Kesihatan Dan Patuh Syariah).

Kongsi maklumat ini
Tags

buggerApabila kita mahu mencari tempat untuk menjamu selera sama ada bersendirian atau pun bersama keluarga sudah pasti perkara pertama yang akan kita fikirkan ialah kelazatan makanan atau masakan tersebut dan keduanya ialah kebersihan premis perniagaan tersebut.

Kita bernasib baik kerana di negara kita Malaysia ini kerajaannya begitu mengambil berat soal keselamatan kesihatan melalui pengawasan dan kawalan makanan sama ada yang mentah atau pun yang telah di masak melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ini termasuk dengan memastikan (dengan pemeriksaan berkala) setiap petugas penyediaan makanan di McDonald’s mendapat suntikkan imunisasi tifoid (Typhoid Injection) perkara yang diabaikan oleh kebanyakkan restoran penyedia makanan yang di masak.

Program Keselamatan dan penjagaan Kualiti Makanan adalah program berterusan dari kementerian ini untuk memastikan tahap keselamatan makanan di negara ini agar sentiasa betepatan dengan ‘Competent Authority’ kemeterian, juga tertaklok di bawah kuasa Akta Makanan 1983.

Walaubagaimanapun itu terpulang kepada kita untuk menjamu selera di mana sahaja, tiada halangan kerana kita bebas untuk memilih restoran yang bagaimana yang kita mahukan.

Aspek kebersihan inilah yang menjadikan Restoran Keluarga McDonald’s pilihan utama setiap keluarga dan individu yang mahukan makanan yang enak, persekitaran yang bersih dan perkhidmatan penyedian yang cekap selain petugas yang mesra pelanggan.

Selain itu Restoran Keluarga McDonald’s juga mendapat pengiktirafan dari JAKIM, sebuah badan yang menjaga hukum hakam agama Islam di Malaysia termasuk bagi mengeluarkan sijil halal bagi sesuatu produk yang di pasarkan di Malaysia atau pun bagi tujuan eksport.

Seperti ditulisan yang lalu telah pun di jelaskan bagaimana susahnya untuk pihak JAKIM mengeluarkan sesuatu sijil halal berkenaan dengan produk berasaskan makanan, jadi setiap produk makanan yang telah di keluarkan sijil halalnya maka ianya telah melangkaui keraguan penguna.

Inlah yang menjadikan Restoran Keluarga McDonald’s pilihan orang ramai untuk menjamu keluarga mereka. promo_small_03 copy

Berhubung dengan keraguan sesetengah pihak berhubung dengan maklumat yang tidak benar berhubung isu makanan yang di sediakan oleh McDonald’s, perlulah di jelaskan disini bahawa berberapa perkara utama yang di titik beratkan oleh McDonals’s Malaysia tanpa kompromi dan perlu mematuhi prosedur standard yang telah ditetapkan.

Diantaranya ialah berhubung pengeluaran bahan makan, penyediaan makanan, premis penyediaan dan juga kenderaan yang digunakan bagi mengangkut bahan mentah perlulah berada didalam keadaan yang bersih dan diselengara dengan sempurna seperti yang di tetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

Untuk memastikan kesemuanya berjalan dan terjaga dengan sempurna maka pihak Mcdonald’s hanya akan berurusan dengan pembekal yang mendapat dan di perakui kebersihan dan memiliki sijil halal bagi setiap barangan yang di bekalkan termasuk rempah ratusnya.

Yakinlah bahawa Restoran Keluarga McDonald’s adalah diantara penyedia makanan segera yang di iktiraf oleh kementerian Kesihatan dan menepati tuntutan syariah yang disahkan HALAL oleh JAKIM.
mcdhalalcertificate-52b263fb2f

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.