Kiriman pada: Mon, Jan 11th, 2016

Media Mesti Bertanggungjawab, Elak Sebar Berita Yang Cetus Konflik

Kongsi maklumat ini
Tags

gjxxKuala Lumpur – Media arus perdana dan alternatif perlu bertanggungjawab dan mengelakkan daripada menyebar berita yang boleh mencetuskan konflik, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata sikap itu penting kerana apa yang diterbitkan media boleh mempengaruhi orang ramai dan membentuk pendapat umum.

“Menyebar berita palsu atau yang diputar-belitkan mampu memberi kesan buruk selain mencetuskan konflik,” katanya dalam catatan terbarunya dalam blog beliau, sskeruak.blogspot.my hari ini.

Menurut Salleh baru-baru ini terdapat berita kurang tepat yang disiarkan sehingga hampir mengakibatkan negara berdepan konflik perkauman dan hanya dengan tindakan pantas pihak berkuasa berjaya menghalang keadaan yang boleh mencetuskan pertumpahan darah.

Catatan Salleh itu adalah sebagai mengulas kenyataan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah semalam yang menyatakan media adalah mekanisme penting yang mampu mempengaruhi hala tuju dunia.

Oleh itu, Salleh menggesa pengamal media menerima nasihat Sultan Perak dan memastikan media membantu membangunkan negara, bukan sebaliknya.

Beliau berkata peringatan Sultan Nazrin Shah itu adalah tepat pada masanya dan ia adalah sesuatu yang perlu diambil perhatian oleh kedua-dua media arus perdana dan alternatif.

Malah ada sesetengah pihak yang menyatakan media alternatif sudah mengambil alih peranan media arus perdana, kata menteri itu.

“Ini adalah benar di kebanyakan negara di dunia di mana majoriti rakyatnya mendapat berita daripada media alternatif dan populariti media cetak merudum ke tahap terendah,” kata Salleh.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.