Kiriman pada: Sun, Jan 31st, 2016

Media Sosial – Aduan Orang Ramai Perlu Tindakan Sewajarnya

Kongsi maklumat ini
Tags

SB02_151215_-SALLEH-Read-O-600x450Kota Belud – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerima pelbagai aduan daripada orang ramai mengenai penyalahgunaan perkhidmatan komunikasi dan media sosial yang perlu diambil tindakan sewajarnya, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata antara aduan yang dikemukan orang ramai ialah perbuatan individu tertentu yang memuat naik kandungan bersifat ofensif dalam laman sesawang dan blog.

Menurut beliau, SKMM memandang serius perbuatan keji “yang bertujuan menghina dan menyemai kebencian terhadap institusi kerajaan”.

“Saya ingin mengingatkan orang ramai bahawa adalah menjadi suatu kesalahan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 memuat naik sebarang komen, permintaan, syor atau komunikasi bersifat lucah, tidak senonoh, mengancam atau menyerang dengan niat untuk menyakitkan hati, menyalahguna, mengancam atau mengasari orang lain, ” katanya kepada selepas menghadiri majlis bersama rakyat.

Datuk Seri Dr Salleh, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Usukan, berkata demikian apabila diminta mengulas tindakan SKMM menyekat dan mengambil tindakan terhadap individu tertentu yang didakwa menyalahgunakan media sosial.

Baru-baru ini, SKMM melancarkan operasi untuk mengambil tidakan terhadap individu yang disyaki memuat naik kandungan bersifat ofensif ke dalam akaun media sosial mereka.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.