Kiriman pada: Mon, Jan 11th, 2016

Media Sosial- Baik Yang Kita Pilih, Baik Yang Kita Dapat

Kongsi maklumat ini
Tags

passwordPerubahan didalam teknologi maklumat berlalu begitu pantas, Internet banyak memberi kemudahan dalam urusan seharian, Media sosial kini menjadi tempat berinteraksi menyampaikan maklumat, promosi atau iklan serta sebagai wadah pembelajaran dan sumber rujukan.

Malah media sosial menjadikan dunia komunikasi seperti tiada sempadan serta menjimatkan masa dan kos, Segalanya diperolehi dengan mudah.

Namun di dalam kegairahan itu ada segelintir penguna dikalangan kita menyalah gunakannya, Mereka mengunakan media sosial secara sewenang-wenangnya sahingga menjejaskan keselamatan awam dan keharmonian hidup mesyarakat berbilang kaum di negara ini.

Jika di perhati media sosial kini semakin sarat dengan fitnah serta penyebaran gambar dan maklumat palsu, Seperti menghina kepimpinan negara selain cuba menjejaskan ketenteraman awam.

Sekiranya tidak di tangani segera ia boleh membawa perpecahan sahingga menggugat keselamatan negara, Peningkatan penyalahgunaan media sosial, fitnah, penyebaran maklumat peribadi, kebencian dan akaun palsu pastinya meningkatkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat dan pihak berkuasa.

Apatah lagi terdapat banyak laporan yang tidak sahih dan khabar angin menerusi media sosial berhubung dengan isu-isu keselamatan, Kepada mereka yang terbabit seharusnya sedar tada sesiapa yang kebal dari tindakan undang-undang.

Sesaorang yang menyalahgunakan rangkaian media sosial untuk menyebar berita palsu, Lucah, mengancam keselamatan dengan niat menyinggung perasaan, menganiaya, mengugut atau mengganggu orang lain boleh dikenakan tindakan.

Ini termasuk tindakkan mengikut Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998.

Dalam hal ini kita mengalu-alukan langkah tegas Polis Di Raja Malaysia (PDRM), seperti yang dinyatakan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, Bahawa pihaknya akan memantau, mengesan dan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan laman sosial.

Ini termasuk mereka yang menyebarkan gambar atau berkongsi maklumat dengan tidak bertangungjawab, malah Pusat Tindakbalas Cyber Polis akan memantau dan mengesan mereka yang terbabit.

Jadi kita mengharapkan agar penguna media sosial mengambil serius amaran itu serta lebih rasional dan matang, Hentikanlah perbuatan menyebar dan berkongsi segala bentuk komunikasi yang boleh menjejaskan kesejahteraan dan ketenteraman awam, Terutamanya yang bersifat menghasut.

Menyesal dulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya, Sesunguhnya banyak kebaikkan boleh di peroleh menerusi media sosial, Kesemuanya terserah kepada kebijaksanaan kita menilai kesan yang baik dan buruk.

Jika jalan baik yang kita pilih baiklah jadinya, Begitu juga sebaliknya jika perbuatan buruk yang menjadi pilihan, juga ingatlah apa yang kita rencanakan pada hari ini akan memberi kesan kepada anak cucu kita pada masa akan datang

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.