Kiriman pada: Thu, Jan 26th, 2017

Media Sosial – Kajian Team Rafiz Lebih Di Yakini

Kongsi maklumat ini
Tags

Berikutan dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa pemain media sosial yang pro kepada kerajaan hanya lah sekitar 6.6% sahaja jika dibandingkan dengan pemain media sosial yang pro kepada pembankang ia itu 93.4%, ini bererti dengan nisbah 1 = 15.

Menurut maklumat yang diterima setelah isu menjadi tulal di media sosial dan menarik perhatian ramai penyokong kerajaan yang tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut bahawa kajian tersebut telah dilakukan oleh seorang profesor dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan di khabarkan adalah seorang yang pakar didalam bidang komunikasi.

Persoalannya ialah dari manakah sumber rujukkan yang beliau buat?, adakah melalui pemilikan blog, akaun FB, Twitter dan sebagainya atau beliau sekadar mengambilnya secara rawak tanpa mengambil kira orang tersebut mempunyai akuan di media sosial atau tidak.

Perkara yang tidak disertakan ialah siapa responden mereka, berapa umur mereka, apa pekerjaan mereka (adakah mereka pemaian media sosial sepenuh masa) adakah mereka memliki akaun di media sosial, berapa lama mereka memberi masa kepada media sosial, kesemua itu harus diambil kira, bagaimana mahu bercakap dalam soal media sosial jika medium media sosial pun mereka ini tidak arif.

Mungkin beliau membuat kajian terhadap pelajar atau orang awam yang sedang makan, berjalan atau sedang menaiki keretapi laju tetapi tidak bertanya sama ada mereka mempunyai akaun di media sosial tidak kira dalam medium apa sekali pun, jadi bolehkah kajian yang dibuat oleh profesor ini diterima pakai sebagai satu makluman kekuatan jentera penyokong Barisan Nasional.

Jika dibandingkan dengan kajian yang dibuat oleh NGO yang di ketuai oleh YB Rafizi Ramli, INVOKE menyatakan bahawa Barisan Nasional memiliki sokongan hampir 41% mengatasi keseluruhan sokongan rakyat kepada parti pembangkang di mana parti PAS memiliki sokongan sebanyak 21% berbanding dengan DAP yang mendapat 10% sahaja.

Jadi kajian yang dibuat oleh INVOKE lebih diterima akal jika kita melihat secara meluas akan sebaran di media sosial, ya! kita tidak menafikan bahawa kenyataan Rafizi di media sosial dan artikel di portal mereka mendapat tempat dan tulal yang tinggi, tetapi dari segi ukurannya hanya itu sahaja sumber yang agak ke depan bagi portal pro pembangkang selainnya tidak mendapat perhatian dan telah di benamkan sebab banyak bersumberkan bahan fitnah.

Seharusnya profesor berkenaan mengkaji lebih mendalam termasuk menghubungi editor potal pro kepada kerajaan dan juga pemain media sosial di Facebook, Instagram, Twitter, jika benar kajian mengikut hala yang sebenar ramai yang yakin bahawa pemain media sosial pro kerajaanlah yang lebih kehadapan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.