Kiriman pada: Fri, Dec 2nd, 2016

Melayu Akan Tertiarap Jika Biar UMNO Hancur

Kongsi maklumat ini
Tags

tiarapKuala Lumpur – Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak memberi amaran orang Melayu akan tertiarap, menjadi hina, merempat, mengemis malah terbangsat di tanah sendiri jika UMNO dibiarkan hancur serta terkubur.

Bagi mengelak ia daripada berlaku, perdana menteri mengingatkan anggota parti dan orang Melayu supaya tidak sesekali lalai memandangkan parti kini berdepan cabaran yang tidak pernah dilalui.

Najib berkata kelalaian dan kelekaan walaupun hanya seketika boleh menyebabkan UMNO terkubur dan jika ia berlaku pastinya menjadi satu ‘dosa’ yang tidak akan diampunkan generasi akan datang.

Beliau berkata dalam ucapan dasar presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2016 di hadapan 2,643 perwakilan, di sini.

Datuk Seri Najib turut menaruh keyakinan angin kemenangan pilihan raya negeri Sarawak dan pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar, Perak serta Sungai Besar, Selangor akan membawa kejayaan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) tidak lama lagi.

Presiden UMNO itu mengakhiri ucapan beliau dengan madah :”Ibarat pedang di kanan dan terhunus keris di kiri berselempangkan pula semangat yang tidak mungkin bisa mati.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.