Kiriman pada: Mon, Mar 9th, 2015

Meliodosis Semakin Meningkat Di Pahang

Kongsi maklumat ini
Tags

mKuantan – Jumlah kes penyakit melioidosis iaitu sejenis penyakit yang melumpuhkan sistem dalaman badan dikesan semakin meningkat di Pahang dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini iaitu 21 kes berbanding hanya 16 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Pahang Dr Zainal Ariffin Omar, daripada 21 kes yang dilaporkan itu, tujuh kes dikesan di daerah Jerantut, Bera (lima), Maran (tiga), Temerloh (dua) dan masing-masing satu bagi daerah Kuantan, Lipis, Pekan dan Rompin.

“Peningkatan itu mungkin disebabkan bencana banjir luar biasa yang berlaku di negeri ini pada Disember tahun lepas hingga Januari tahun ini.

“Ia kerana penyakit berkenaan adalah antara penyakit yang paling berisiko berlaku semasa banjir,” katanya dalam satu kenyataan.

Jangkitan melioidosis adalah disebabkan oleh sejenis bakteria burkholderia pseudomallei yang kebiasaannya berada di dalam tanah.

“Mereka yang menghidap penyakit kencing manis serta sistem imuniti badan yang lemah berisiko tinggi mendapat penyakit ini. Antara tanda-tandanya termasuk demam, sakit otot, sakit kepala, jangkitan di peparu serta sesak nafas,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai agar mengambil langkah pencegahan untuk mengelak daripada terkena jangkitan penyakit ini antaranya memakai sarung tangan kalis air dan kasut semasa bekerja di ladang atau kebun.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.