Kiriman pada: Mon, Dec 21st, 2015

Memang Ada Pihak Tidak Selesa Umno-Pas Bersatu

Kongsi maklumat ini
Tags

ndhPUCHONG – “Memang akan ada parti lain (pembangkang) tidak selesa apabila bangsa majoriti mula bersatu, bagi saya perasaan itu timbul kerana anggap‘cita-cita’ masa depan mereka mungkin akan gagal,” kata Ketua Umno Bahagian Puchong, Datuk Dr Mohamad Satim Diman.

Mengulas kewajaran kerjasama Umno-Pas ketika ini, Mohamad Satim berkata, ia petanda baik penyatuan ummah yang kini berdepan cabaran apabila bangsa Melayu dilihat sudah mula berpecah.

“Kita lihat sekarang ni tiada cara lain selain daripada kena bersatu dan bertoleransi dalam bentuk persefahaman antara satu sama lain,” katanya selepas merasmikan Kejohanan Badminton Tertutup Warga Puchong Badminton Team, di Puchong Utama.

Beliau berkata, bangsa Melayu perlu mengambil iktibar di atas apa yang berlaku selama ini, parti pembangkang yang bersifat perkauman mengambil kesempatan untuk merosakkan dan mewujudkan perpecahan dalam bangsa Melayu.

“Kita tahu apa cita-cita mereka (parti pembangkang), sekarang ni kena melihat permasalahan dan sejarah, sejak kebelakangan ini nampak perpecahan ketara antara Melayu, sedangkan sebagai kaum majoriti perlu menjadi contoh kepada bangsa lain,” katanya.

Menurutnya lagi, beliau mengalu-alukan jika Umno dan Pas bersatu dengan mengikut kata pepatah ‘buang yang keruh ambil yang jernih’.

“Sudah tiba masanya kaum Melayu bersatu apatah lagi dalam konsep seagama dan sebangsa, parti lain memang nampak tidak selesa, mereka tidak hormat pemimpin cuba lihat apa yang dilakukan sebelum ini termasuk kejadian memijak gambar pemimpin,” katanya lagi.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.