Kiriman pada: Wed, Jul 29th, 2015

Membina Perpaduam Antara Kaum Adalah Satu Cabaran

Kongsi maklumat ini
Tags

IMG-20150712-WA0046Perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum antara cabaran terbesar dihadapi negara biarpun lebih setengah abad Merdeka. Lihat sahaja insiden di Plaza Low Yat baru-baru ini yang menarik perhatian seluruh negara. Bagaimanapun, kita bersyukur kerana majoriti rakyat Malaysia masih rasional dalam menilai sesuatu perkara. Malah, kebijaksanaan pihak berkuasa menangani isu itu seharusnya dipuji.

Sememangnya kejadian itu tidak harus di perbesarkan sahingga melibatkan mesej berbau pemusuhan kaum, Sebagai masyarakat berbilang kaum kita perlu menyerahkan segala hukuman hanya kepada pihak yang bertanggungjawab setelah di adili secara bijak sana, paling penting kita seharusnya bijak menilai, Tidak membawa ketidakstabilan antara kaum di negara ini.

Pada masa sama kita perlu sentiasa berusaha dan berwaspada, kerana pada setiap masa akan ujud gulungan yang mengambil kesempatan dan peluang untuk merosakkan perpaduan kaum, Pastinya kita semua tidak mahu tragedi 13 mei 1969 berulang lagi, Tiada pihak yang menang atau kalah disebalik banyak nyawa yang terkorban akibat hasutan dari isu perkauman, Agama dan politik.

Jika insiden saperti di Plaza Low Yat di perbesarkan bukan sesuatu yang mengejutkan jika kita akan sekali lagi terjerumus kepada kehancuran. Antara pengajaran penting dari insiden itu ialah perlunya kita berfikiran matang dan rasional serta menyelidik dahulu sesuatu maklumat atau perkara yang di terima.

Kecohnya keadaan disebabkan terlalu banyak pihak yang mudah mempercayai maklumat yang tidak sahih, saperti yang di sebarkan melalui media sosial. Apabila bercakap soal maklumat yang di siarkan di media sosial wajar gesaan pelbagai pihak agar kita menyiasat terlebih dahulu kesahihan sesuatu laporan sebelum menyebarkannya di laman media sosial.

Kia tidak seharusnya terlalu ghairah menghebahkan sesuatu tanpa mengetahui hujung pangkal, Ingatlah kebebasan media bukan bermakna kita bebas melakukan apa sahaja, Sebaliknya ia perlu di gunakan secara berhemah dan berintregriti bagi menyumbang kepada pembangunan rakyat serta negara.

Tambahan pula dalam dunia tanpa sempadan sekarang, menuntut pengamal media mempunyai intregriti yang tinggi bagi menjamin keharmonin dan keamanan negara serta masyarakat berbilang kaum, Sesungguhnya semua didalam kalangan kita mempunyai tanggungjawab untuk memastikan perpaduan kaum dan keharmonian berkekalan.

Kita tidak perlu melayan perkara yang boleh membawa musibah atau pandangan yang jelas boleh mengheret rakyat dan negara dalam pergolakkan.

Tidak di nafikan semua orang ghairah terhadap sesuatu yang sensasi tetapi ingatlah setakat mana maklumat atau laporan seumpama itu mempunyai nilai positif untuk kehidupan. Mudah untuk kita merosakkan sesuatu tetapi untuk membinanya kembali mengambil masa berdekad lamanya.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.