Kiriman pada: Mon, Feb 27th, 2017

Memilih Malaysia Untuk Melabur Satu Petanda Baik

Kongsi maklumat ini
Tags

Lawatan Raja Salman dilihat akan memupuk hubungan perdagangan dan menjalin ikatan persahabatan lebih erat dan diantara kedua negara Malaysia dan Arab Saudi.

Demikian pandangan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong lai berhubung dengan lawatan Raja Salman dan rombongannya ke negara ini dan MCA sangat mengalu alukan hubungan dagangan dan persahabatan ini.

Datuk Seri Liow menyifatkan ini sebagai petanda bahawa Malaysia adalah sebuah negara untuk melabur dan mengembangkan pelaburan.

Beliau juga berpandangan bahawa lawatan yang dibuat oleh Baginda Raja Arab Saudi pasti nya memperkukuhkan hubungan bilateral kedua negara yang sedia yang meningkatkan perdagangan dan perhubungan antara insan keduaa negara.

Datuk Seri Liow yang juga Menteri Pengangkutan menjadi wakil kepada kaum Cina di dalam menyambut kedatangan Raja Salman, juga berharap agar dapat menyaksikan kerja sama kedua negara di dalam pembangunan pengangkutan.

Yang mana pada ketika ini salah satu pengendali pengangkutan awam di Arab Saudi adalah dibawah kendalian syarikat dari Malaysia ia ini Prasarana yang mengendalikan pengangkutan Metro Line bagi memudahkan jemaah dimusim haji.

Datuk Seri Liow juga berpendapat bahawa ini adalah petanda baik dan benar bahawa Malaysia adalah tempat yang paling sesuai ntuk membuat pelaburan.

“Ini petanda bahawa Malaysia adalah negara yang baik untuk membuat pelaburan” kata Liow

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.