Kiriman pada: Wed, Jan 20th, 2016

Memorandum pohon tangguh pengharaman vape

Kongsi maklumat ini
Tags

NSTPKOTA BHARU: Kira-kira 100 ahli Solidariti V Kelantan menyerahkan memorandum kepada kerajaan negeri untuk menangguhkan pengharaman jualan rokok elektronik dan vape di negeri ini. Jurucakapnya, Khaleb Khan Nasir Khan, berkata memorandum itu dibuat bagi memohon kerajaan negeri menarik balik keputusan pembekuan lesen termasuk rampasan yang bakal dilakukan bermula 1 Februari ini ke atas peniaga yang masih menjalankan perniagaan vape. Berikutan itu, katanya, pengguna dan peniaga vape di negeri ini mahukan layanan sama rata dengan peniaga rokok. “Kami menyerahkan memorandum ini sebagai petisyen mohon penangguhan pembekuan lesen berniaga sehingga Kerajaan Pusat membuat penggubalan undang-undang mengenai perkara itu. “Pada masa sama, kami juga mahu Kerajaan Pusat membuat kajian lebih mendalam kesan penggunaan vape di kalangan pengguna. Kami sudah menjalankan uji kaji terhadap asap rokok dan vape ke atas tikus dan mendapati haiwan itu terus mati selepas tiga minit menghidu asap rokok dalam botol. “Kami tiada alat untuk melakukan kajian, tapi kami yakin kerajaan pasti mempunyai teknologi canggih untuk membuat kajian berkenaan,” katanya ketika ditemui di pekarangan Kota Darulnaim, di sini sebentar tadi.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.