Kiriman pada: Thu, Aug 20th, 2015

Memperkasakan Penamaan Geografi Untuk Generasi Masa Depan.

Kongsi maklumat ini
Tags

mohd.sanimistamKuala Lumpur- “Usaha mengekalkan edentiti bangsa adalah peranan kita semua sebagai rakyat malaysia, dalam penamaan geografi amat penting sekiranya nama tmpat tersebut berunsur sejarah”.

YBhg. Dato’ Hj. Mohd. Sani Mistam berkata demikian pada perasmian “Seminar Pemerkasaan Penamaan Geografi : Sesi Sejarah dan Identiti Budaya Bangsa” di Auditorium Pusat Pendokumentasi Audio Visual, Arkib Negara.

Beliau berkata adalah menjadi tanggungjawab untuk memastikan setiap nama tempat adalah sesuai dan mengekalkan ciri-ciri sejarahnya yang tersendiri.

“Bagi penamaan geografi yang baru perlu bersesuaian dengan sejarah tempat tersebut. Peranan ini perlu diperluaskan kepada pihak pembangunan, jalanraya dan sebagainya yang mana proses seterusnya melibatkan penamaan geografi tempat tersebut”.

Seramai 200 orang peserta seminar yang terdiri daripada wakil kementerian Wilayah Persekutuan serta agensi kerajaan yang menganggotai jawatankuasa Nama Geografi Wilayah Persekutuan (JKNGWP) telah menyertai persidangan ini khusus diadakan pada bulan Ogos bersempena sambutan Hari Kemerdekaan. geo
Beliau menambah “Kita boleh menukar sesuatu nama-nama tempat, sekiranya hendak tukar kita hendaklah menneliti sejarah tempat tersebut, sekiranya kita hendak tukar hendaklah kena dengan sejarah tempat tersebut”.

Tujuan nama-nama jalan dan beberapa tempat di Kuala Lumpur ditukar kepada nama raja-raja adalah kerana untuk memudahkan generasi akan datang tahu dan kenal raja-raja terdahulu.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.