Kiriman pada: Sun, Mar 1st, 2015

Menara Condong Teluk Intan Diisytihar Sebagai Warisan Kebangsaan

Kongsi maklumat ini
Tags

TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSINTeluk Intan – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin malam ini mengisytiharkan Menara Condong Teluk Intan sebagai Warisan Kebangsaan.

Beliau berkata justeru itu, sambutan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2015 ini, yang diadakan di Dataran Menara Condong di sini, amat istimewa dan mempunyai signifikan tersendiri kerana kerajaan memberi pengiktirafan kepada Menara Condong Teluk Intan sebagai Warisan Kebangsaan.

Muhyiddin berkata Menara Condong Teluk Intan, yang dibina pada 1885, memiliki keunikan yang amat ketara dengan konsep Pagoda yang menunjukkan pengaruh kekayaan budaya dan seni bina Cina seperti pada gerbang, bumbung genting dan hiasan jubinnya

Sejarah bangunan yang merupakan mercu tanda Bandar Teluk Intan ini unik kerana fokusnya adalah untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat.

“Ia dijadikan sebagai tangki air pada waktu kemarau dan juga mempunyai kemudahan memadam api.

“Jam yang terdapat pada menara ini juga merupakan lambang perpaduan rakyat Teluk Intan kerana ianya merupakan hasil sumbangan derma daripada penduduk tempatan pada ketika itu,” katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baharu Cina 2015 di sini .

Muhyiddin juga berkata Menara Condong ini juga menjadi satu daripada tarikan kepada pelancong yang berkunjung ke Perak seperti ‘The Leaning Tower of Pisa’ di Itali.

Justeru, beliau berkata kerajaan juga dalam proses mendapatkan pengiktirafan di peringkat antarabangsa bagi menjadikan Menara Condong Teluk Intan sebagai satu daripada warisan Dunia UNESCO.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.