Kiriman pada: Tue, Jul 14th, 2015

Menara Taming Sari Sasar RM7.5 Juta Jualan Tiket Tahun Ini

Kongsi maklumat ini
Tags

vbfdjfMelaka – Menara Taming Sari Bhd (MTSB) menyasarkan hasil jualan tiket berjumlah RM7.5 juta menjelang akhir tahun ini, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Isnin Aman.

Beliau berkata sebanyak RM3.5 juta hasil jualan tiket berjaya dikutip daripada lebih 260,000 pengunjung antara Januari dan Jun tahun ini berbanding RM3 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Katanya sasaran berkenaan diyakini mampu dicapai melalui pelbagai usaha yang dilakukan, termasuk memperkenal pakej khas bagi tiket masuk dan pengangkutan dalam kawasan 15 kilometer dari menara setinggi 110 meter itu.

“Pakej ini berharga RM10 untuk warga Melaka, RM15 untuk mereka dari luar negeri Melaka dan RM20 untuk pelancong asing.

“Melalui pakej ini kita menyasarkan pelajar sekolah dan kampung atau komuniti setempat, di mana Bas Panorama akan disediakan kepada sekolah yang berminat untuk melakukan lawatan ke menara ini,” katanya kepada pemberita.

Isnin yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Melaka Berhad (KMB). berkata sejak pakej tersebut diperkenalkan awal tahun ini, sebanyak 42 sekolah dan lapan kampung melibatkan 2,742 orang, melanggan pakej tersebut.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.