Kiriman pada: Wed, Aug 26th, 2015

Menegur biar tertib, beradab

Kongsi maklumat ini
Tags

Risiko1TAK salah menegur orang lain jika kita yakin ada kekurangan pada kata-kata atau perbuatannya. Saling ingat mengingatkan itu satu perkara mulia. Sebagai manusia biasa, ada kalanya ada yang akan terlepas cakap atau mungkin ada melakukan sesuatu yang mungkin mengguris hati orang lain. Juga bukanlah satu kesalahan untuk menegur pemimpin. Bagaimanapun, teguran harus dilakukan secara beradab dan kena pada masanya, selain mengemukakan pendapat yang boleh dipertimbangkan. Jangan sampai menegur orang lain biadab, tetapi hakikat sebenar cara kita yang menegur itu pun dikira tak beradab juga. Secara amnya, jika rasa ikhlas nak menegur, bersemuka terus dengan orang berkenaan dan tegur secara berhemah. Jangan menegur kesalahan orang, terutama orang yang lebih tua dan berkuasa, di depan orang lain. Perbuatan sebegitu seolah-olah kita membuka aib orang, niat baik kita untuk menegur itu mudah disalah tafsir orang lain. Begitulah juga dalam persoalan menegur kemungkaran yang dilakukan pemimpin. Rasulullah SAW dalam hal ini bersabda: “Barang siapa yang ingin menasihati Sultan (pemerintah), maka janganlah dilakukan secara terang-terangan (terbuka) tetapi hendaklah dia duduk berdua dengannya dan mendekatinya, maka sekiranya dia menerima nasihatnya itu, maka itulah (yang terbaik) tetapi sekiranya enggan maka dia telah laksanakan tanggungjawabnya.”

Jauhi sifat kasar, keras Jangan salah gunakan kebebasan untuk bersuara. Sebelum kita hendak menegur atau memperbetulkan orang lain Firman Allah yang bermaksud: “Ajaklah (wahai Muhammad) mereka ke arah jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang elok dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang paling baik….” (Surah An-Nahl: 125). Namun, persoalan yang timbul ialah adakah seseorang itu boleh menegur sesuatu kesalahan yang dilakukan oleh pemimpin dengan semberono tanpa mempedulikan adab persaudaraan sesama Muslim ketika menegur? Mari kita kembali kepada maksud ayat di atas. Jika merujuk kepada tafsiran Imam al-Qurtubi, beliau menyebut bahawa ayat ini menyuruh umat Islam menyebarkan dakwah dan memberikan nasihat kepada ‘orang Islam’ secara khususnya dengan bijaksana, lemah lembut dan penuh strategi. Mestilah jauhi sifat kasar dan keras ketika menegur dan memberi nasihat agar orang ditegur tidak rasa malu dan lari, sekali gus matlamat ‘memperbetulkan’ menjadi realiti dan terlaksana. “Mukmin itu menasihati dan menutup (aib dan kesalahan). Orang yang jahat itu menyingkap dan mendedahkan (aib dan kesalahan)”. Sila lihat, Fudhail Bin I’yadh, Kitab Al-Wafi syarah Matan Al-Arbain An-Nawawiyyah Al-Qurtubi juga menambah lagi bahawa hukum menasihati dan menegur sesama Muslim secara lemah lembut dan bijaksana ini kekal hingga ke hari kiamat. Sememangnya dalam kehidupan ini, perbezaan pendapat adalah sesuatu perkara lumrah, justeru apabila ia berlaku jangan sesekali ada di antara kita dengan mudah membuat kesimpulan yang menjurus kepada prasangka kononnya ia bertujuan memburukkan sesiapa. Allah mengingatkan kita dalam surah Yunus ayat 36 dengan menegaskan, ”Prasangka itu tidak mendatangkan kebenaran apa pun.” Oleh itu, jika tercetus sesuatu isu antara kita dan terwujudnya perbezaan pendapat atau terbentuk sesuatu teguran ia seharusnya ditangani dengan sebijak-bijaknya. Kaji kebenaran Janganlah kita terlalu gopoh membuat andaian yang bukan-bukan atau berhujah penuh emosi sehingga wujud cabar-mencabar. Sebaliknya, teguran atau sesuatu pandangan itu perlu diteliti dan dihalusi sertai dikaji kebenarannya. Perbuatan menegur orang yang melakukan kesalahan adalah tindakan yang amat diperintah oleh Allah. Sebagai yang berdaulat dan beragama setiap pertikaian harus diselesaikan dengan cara yang telus dengan kaedah yang terbaik. Di samping tidak mengetepikan keadilan dan kebenaran. Ikutilah juga kaedah pemimpin agung kita Khalifah pertama, Saidina Abu Bakar as Siddiq; “Aku bukanlah yang terbaik dalam kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.” Yang utama, kita tidak melafazkan kata-kata yang tidak sepatutnya. Itu tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya hanya akan mengeruhkan lagi keadaan, tidak kira sama ada kita pemimpin atau tidak tetapi apa yang kita perkatakan pasti akan dinilai oleh manusia dan diperhitung oleh Allah. Hakikatnya semua orang melakukan kesilapan tetapi yang membezakannya ialah bagaimana kita menguruskan kesilapan itu. Bak kata orang tua-tua, menegur jangan sampai menghina, mendidik jangan sampai memaki, meminta jangan sampai memaksa, memberi jangan sampai mengungkit.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.