Kiriman pada: Mon, Jul 6th, 2015

Mengapa Semasa Anwar Tiada Desakkan Letak Jawatan Dalam Pakatan

Kongsi maklumat ini
Tags

SF_20140308_Wan_Azizah_5th_PR_convention_01_840_559_100Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dilaporkan akan mengadakan satu pertemuan dengan Ahli-Ahli Parlimen dari semua parti-parti Pembangkang malah juga dari UMNO-Barisan Nasional untuk membincangkan keadaan politik terkini dan halatuju negara.

Pertemuan ini dijangka akan diadakan pada hari Selasa, 7 Julai, jam 12 tengah hari di Parlimen. Tiada maklumat lanjut mengenai tempat pertemuan tersebut.

Dipercayai antara agenda yang akan dibincangkan adalah mendesak Dato’ Seri Najib meletakkan jawatan berikutan isu semasa ini. Menurut sumber lagi, Pakatan Rakyat tidak dapat menerima Perdana Menteri yang dipalit skandal berterusan kerana perkara ini boleh mencemarkan nama baik negara di mata dunia.

Kelihatan pihak Pakatan Rakyat cuba bangkit menjadi hero didalam isu tomahan fitnah terhadap Dato’ Seri Najib, Dapat dilihat tujuan sebenar pertemuan yang bakal di adakan adalah bertujuan cuba memaparkan kepada rakyat betapa prihatinya mereka dan cuba mengujudkan satu momentum agar kebolehpercayaan rakyat terhadap kepimpinan Dato’ Seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia di hakiskan.

Pakatan Rakyat sebelum ini melaungkan ketelusan dalam pemerintahan. Apabila ada isu yang membabitkan kepimpinan negara terutama Dato’ Seri Najib, mereka pastinya akan mendesak Perdana Menteri meletakkan jawatan kerana untuk menjaga imej negara.

Tetapi pihak Pakatan Rakyat tidak pula mengambil pendekatan yang sama terhadap Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum mereka apabila di dapati bersalah dan di jatuhkan hukuman oleh makamah , Mereka lebih mengambil pendekatan menghasud rakyat untuk melakukan demo batahan dan mendesak Anwar di bebaskan.

Berbezanya kedua perkara ialah Anwar telah di dapati bersalah dan Dato’ Seri Najib hanya baru di tuduh tanpa kemukakan bukti walau sekeping surat yang sah pun, Tetapi dengan pantas mahu di ambil tindakan oleh pihak Pakatan Rakyat.

Sepatutnya Pakatan Rakyat menunjukkan tauladan dan ketelusan mereka didalam menghukum dengan mengajak ahli dan rakan sekutu mereka untuk menolak Anwar se awal dahulu, Bukan mempertikai keputusan makamah.

Tetapi bila melibatkan Dato’ Seri Najib dengan pantas mereka membuat keputusan untuk mendesak Najib meletakkan jawatan.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.