Kiriman pada: Sun, Nov 27th, 2016

Mengapa Teresa Kok Pula Yang Mereban

Kongsi maklumat ini
Tags

merebanSetelah membaca penjelasan dari Datuk Seri Liow Tiong Lai berhubung dengan pembentangan Rang Undang-Undang Akta 533, yang membawa makna bahawa MCA sebenarnya tidak menentang RUU 355 yang diusulkan oleh Datuk Seri Hadi Awang (MP Marang), tetapi mahukan ia dilaksanakan menurut kerangka perlembagaan.

“Saya rasa terdapat banyak salah faham, mengatakan bahawa kita (MCA) menentang rang undang-undang, kami hanya mahu ia dilaksanakan mengikut perlembagaan. ”

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai yang juga Menteri Pengangkutan berkata bahawa parti itu tidak menentang rang undang-undang persendirian yang dibawa oleh wakil PAS yang mahu memberi kuasa kepada mahkamah Syariah, terdapat salah faham yang digembar-gemburkan pada pendirian MCA mengenai perkara itu.

“Akta 355 Bidang Kuasa Jenayah Mahkamah Syariah” sebanarnya telah diluluskan oleh Parlimen pada tahun 1965 bagi menentukan had bidang kuasa berkaitan kadar hukuman jenayah Syariah yang boleh dibuat oleh Badan Perundangan Negeri, dijatuhkan, dan seterusnya dilaksanakan oleh Mahkamah Syariah seluruh negara ini.

Akta ini kemudian dipinda pada tahun 1984 dengan meningkatkan beberapa kadar hukuman seperti daripada 6 bulan penjara kepada 3 tahun penjara, daripada 1000 ringgit denda kepada 5 ribu ringgit denda dan ditambah pula 6 kali sebatan.

Liow berkata adalah penting untuk mengekalkan semangat perlembagaan negara kita, oleh itu, apabila rang undang-undang yang tidak mengikut semangat perlembagaan, kita berharap ia akan diperbetulkan.

Tetapi mengapa pula Teresa Kok yang mengelupor apabila parti komponan Barisan Nasional itu tidak membantah pembentangan rang undang-undang ini, melalui kenyatannya di media sosial ternyata Teresa Kok amat tidak selesa dengan kenyataan Datuk Seri Liow didalam menyokong rang undang-undang tersebut.
whatsapp-image-2016-11-27-at-6-00-36-pm

Datuk Seri Liow tidak menafikan bahawa masyarakat Cina amat terganggu dengan rang undang-undang yang dibawa oleh PAS itu seolah akan membukan jalan kepada perlaksanaan hukum hudud yang selama ini menjadi perjuangan dan matlamat parti PAS.

Tetapi didalam masa yang sama parti MCA telah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menjalankan kajian khas dan terperinci mengenai kesan pelaksanaan Akta 355, terutamanya ke atas bukan Islam.

Teresa mungkin terkejut dengan pendirian MCA yang selama ini di perkotakkan oleh parti DAP seolah MCA menjadi talibarut kepada UMNO dan tidak mahu tunduk dengan tuntutan parti DAP.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.