Kiriman pada: Wed, Aug 19th, 2015

Menghadapi Suami Yang Curang

Kongsi maklumat ini
Tags

kgdkfApa yang ALLAH cipta tidaklah dengan sia-sia bagi orang-orang yang beriman, memang sedih apabila menghadapi suami curang tapi sedih didunia saja tidak di akhirat nanti. Jangan lupa tujuan ALLAH mencipta kita untuk di uji kemudian dikembalikan kepada DIA untuk dihisab. Jika ALLAH tidak bagi kita kerja macam mana DIA nak bagi pahala kepada kita…contohnya ALLAH bagi suami yang curang kepada kita untuk ujian kepada isteri, maka isteri kena sabar redha dan berusaha mengubah sikap suami, tidak boleh kita menceritakan kepada sebarangan orang takut jadi fitnah. Dan kita di-bolehkan bercerita hanya yang di-benarkan syarak saja contohnya puan hanya boleh menceritakan kepada pihak yang berwajib, puan bertanya-lah kepada orang-orang yang arif didalam hal-hal ini.

Ingat suami itu bukan cinta nombor 1!.. Nombor 1 ALLAH. Nombor 2 RASULULLAH. Nombor 3 suami. Itulah turutan cinta seorang wanita bernama isteri. Jangan pinggirkan ALLAH kerana DIA yang mengurniakan rasa cinta. Jangan dilupakan RASULULLAH kerana BAGINDA yang memberi panduan untuk bercinta. Ingat pesan RASULULLAH melalui sabda BAGINDA dalam hadis riwayat al-Tirmizi yang bermaksud: “Jika aku hendak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang, tentulah aku perintahkan isteri supaya sujud kepada suaminya”.

Cuba amalkan baca ayat 31 dari surah Al-Imran. Dalam setiap perbuatan yang berkaitan dengan suami, contohnya basuh baju dia, gosok baju dia, makan minum dia dan waktu dia tidur. Caranya, baca ayat tersebut dan niatlah agar kasih sayang suami hanya tumpah pada isteri, anak-anak dan ibu bapa (jika ada). Sepanjang perbuatan, bacakan ayat tersebut berulang kali dengan niat yang sentiasa terpasang.

Jika tidur malam, bacakan dan hembuskan di ubun-umbun suami, hembuskan sewaktu suami tarik nafas ketika tidur. Pandanglah suami dengan pandangan dan perasaan penuh kasih dan sayang walaupun suami ada buat salah dengan kita. Hembuskan di telinga suami dan akhir sekali hembuskan hingga ke hujung kaki suami.

Dalam pada itu, cubalah perbaiki kekurangan diri kita. Kadang-kadang suami berubah adalah kerana sikap atau perlakuan kita yang sudah berubah dan tanpa kita sedar. Cuba cari kelemahan kita dan perbaiki. In shaa ALLAH, ALLAH akan bantu kita. Ayat dari surah Al Imran ni adalah ayat pengasih sebenarnya.

Ayat Al-Quran untuk di amalkan:
1. Baca Surah Yunus, ayat 81
2. Baca Surah Al-Najmi, ayat 58
3. Baca Surah Al-Hadid, Ayat 8

Ketiga-tiga ayat tersebut dapat menghindarkan rumahtangga kita dari terkena sihir dan dalam usaha untuk mengekalkan hubungan suami isteri kekal aman harmoni dunia akhirat, Insya-Allah

Redha dengan ujian ALLAH…

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.