Kiriman pada: Sun, Dec 13th, 2015

Menimbang Biar Sama Beratnya, Mengukur Biar Sama Jaraknya

Kongsi maklumat ini
Tags

syed_hamid_albar_04012014_620_413_100Bukan salah jika mahu menengur, Tetapi sebagai orang Melayu yang berbudaya lemah lembut dan bersopan setiap teguran perlulah dilihat bersopan dan tidak menguris hati, Apatah lagi jika yang kita nasihatkan itu lebih dewasa atau lebih berpengalaman dari diri kita.

Ini yang berlaku kepada Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Jaffar Albar, Bila mana dirinya di perlakukan saperti budak-budak yang baru nak mengenal dunia politik dan koperat. Sedangkan jika di ukur dari segi pengalaman memang tidak di nafikan kehebatan beliau dan salasilahnya dalam berpolitik.

Tidak perlu diperkenalkan siapa dan asal keturunan Tan Sri Syed Hamid tetapi cukuplah sekadar memaklumkan beliau bukan kecil anak didalam berpolitik dan ketika mereka yang menegur dengan nada yang kurang enak masih di bangku universiti Syed hamid telah pun memegang jawatan penting di dalam politik dan juga sebagai penjawat awam malahan menduduki kerusi menteri kanan didalam pentadbiran kerajaan Barisan Nasional.

Kepada anak ‘muda’ yang bertanya siapa Tan Sri Syed Hamid ini silalah google di internet jika malas untuk menyelak buku di pejabat UMNO di PWTC.

Isu berkaitan dengan Express Rail Link (ERL) yang dikatakan menaikkan tambang yang agak tinggi bukanlah menjadi kesalahan SPAD atau pun Tan Sri Syed Hamid ia adalah keputusan kerajaan yang di pengerusikan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak dan SPAD hanya badan yang mengumumkan kenaikkan tersebut.

Berhubung kenaikkannya juga telah di maklumkan serentak dengan pengumunan itu, Malah Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO dimasa ucapan pengulungan di Perhimpunan Agung UMNO semalam juga telah memaklumkan mengapa tidak boleh lagi di elak akan kenaikkan ini.

Malah teguran Tan Sri Syed Hamid kepada ‘ Menteri Muda’ yang di katakan sobong adalah ekoran dari cara menegur menteri berkenaan terhadap pengerusi SPAD itu, Yang di maksudkan sombong adalah cara menegur dan kedudukan orang yang menegur itu sebab ianya di gelar ‘Orang Muda’ kerana tidak tahu adap didalam menegur orang yang lebih ‘dewasa’.

Memang beliau mendapat sokongan orang muda didalam pelbagai isu yang bukan isu kementeriannya, Sebab mungkin mencari populariti melalui anak muda, Sedang sahingga kini beliau tidak pernah pun mendesak agar beberapa kementerian yang terbabit dengan hal hal pengangkuan atau keperluan pengangkutan didalam isu kenaikkan harga barangan keperluan dan alat ganti kenderaan.

Tidak pernah pun menteri ini bersama ‘anak muda’ untuk membuat pertemuan dan menyergah menteri berkenaan dengan harga barangan agar menurunkan harga barangan keperluan kenderaan saeprti harga barang gantian serta perkhidmatan. Kita nak bertanya dengan menteri berkenaan bilakah kali terakhir harga barang diturunkan?.

Setakat mengambil tempat pada isu harga barangan naik tak perlulah sebab ini seolah memudahkan kerja pihak pembangkang, Sepatutnya menteri berkenaan kedepan dan menjadi juara didalam hal menurunkan harga kos barangan alat ganti kenderaan dan perkhidmatan. Ini baru nama juara, setakat menghentam badan agensi kerajaan samalah saperti menghentam kerajaan pimpinan Dato Seri Najib Tun Razak.

Isu tambang ERL ini telah pun Dato’ Seri Najib huraikan semasa pengulungan semalam bahawa kenaikkan adalah terpaksa di lakukan kerana telah tertanggunh selama hampir 14 taqhun dan kenaikkan ini adalah perjanjian yang telah di meterai oleh pemimpin terdahulu yang mana Najib telah menrima beban dan bahana dari kesilapan pemimpin yang lalu.

Setiap kali berlakunya penangguhan kenaikkan kerajaan di bawah Dato’ Seri Najib terpaksa membayar gantirugi sebanyak hampir 2.9 billion atau melanjutkan tempoh perjanjian kepada lagi 30 tahun semata-mata jika kerajaan mahu menghalang kenaikkan tersebut, Dan Dato’ Seri Najib juga memaklumkan bahawa beliau menanggung kesilapan legasi yang lalu.

Mungkin menteri berkenaan terlena atau terlelap atau sedang ketandas atau sedang berbual bicara bersama ‘Anak Muda’ di anjung cafe ‘River Side’ ketika Presiden UMNO itu berucap mengulungkan perbahasan yang berjalan hampir 2 hari itu.

Bukan salah menegur tetapi sebagai seorang Menteri yang sedang memegang jawatan dan ahli Parlimen yang masih bertanding berbahasa lah dengan Jiwa Bangsa. Jangan jadikan asalan ‘tidak tahu’ kenaikkan harga di bincangkan di dalam kabinet, jika ini berlaku eloklah fikirkan ‘cucu’ mana yang nak di jaga nanti.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.