Kiriman pada: Wed, Feb 15th, 2017

Menjadi Kaldai Lebih Mulia Dari Negarawan

Kongsi maklumat ini
Tags

Mahathir sebenarnya tidak boleh mendabik dada kononnya beliau adalah seorang yang hebat didalam dunia politik, kerana dunia politk terlalu banyak cabang dan bunga tari serta lenggoknya.

Jika hari ini Mahathir menyatakan beliau mampu menyatukan pemimpin didalam parti pembangkang seperti mana yang berlaku didalam Barisan Nasional ianya tidak lebih hanya mimpi syok sendiri Mahathir.

Sebenarnya apa yang berlaku ialah pembangkang kini semakin bercelaru dengan kehadiran Mahathir didalam kelompok parti pembangkang, dan paling ketara ramainya ahli parti pembangkang yang keluar parti mereka sama ada secara senyap mahupun secara terbuka.

Ianya tidak sahaja tertumpu kepada ahli bawahan sahaja tetapi ianya meliputi pemegang jawatan malahan ada yang telah terpilih menjadi wakil rakyat juga turut berbuat demikian meninggalkan parti mereka walau pun tidak menyebut ianya kerana Mahathir.

Yang paling ketara ialah kepimpinan parti PAS yang menolak terus untuk bersama pakatan pembangkang, yang akirnya membuat keputusan untuk tidak bersama pembangkang bagi menghadapi pilihan raya umum ke 14 nanti.

Jika sebelum ini kita dibentangkan dengan khabar bahawa kepimpinan parti PAS sedang bergerola dengan kepimpinan pakatan pembangkang terutama dari kepimpinan DAP, dengan kehadiran Mahathir menjadikan PAS seperti berpatah arang berkerat rotan, tanpa memperdulikan kata dua Mahathir yang mahu memberi peluang kepada parti PAS.

Malah lebih memedihkan mata kepimpinan pembangkang ialah bila mana PAS mula menampakkan berlembut dengan parti UMNO yang selama ini menjadi musuh politik mereka walaupun sesama bangsa Melayu dan se agama Islam.

Selain kecelaruan didalam DAP yang akhir-akhir ini telah mengundang bencana dengan perletakkan jawatan dan keluar parti oleh pemimpin mereka di Melaka serta di khabarkan bahawa akan ada pemimpin di peringkat negeri lain yang bakal mengikut jejak langkah kepimpinan DAP negeri Melaka.

Kesemua ini mungkin ada bersangkutan dengan kehadiran Mahathir yang suatu ketika dahulu ketika bersama UMNO beliaulah musuh utama kaum Cina dari DAP, yang cukup dibenci, begitu juga dengan ahli PAS yang sahingga kini mungkin masih berangapan bahawa semangat Mahazalim dan Mahafiraun masih lagi ada di dalam jiwa Mahathir.

Jika tidak masakan Mahathir sanggup keluar dari parti UMNO yang banyak membantu dirinya sahingga berjaya menjadi Perdana Menteri sahingga 22 tahun dan mengkhianati Dato’ Seri Najib Tun Razak yang telah banyak membantu beliau semasa menjadi Perdana Menteri dahulu.

Oleh itu benarlah kata-kata pemain politik Malaysia bahawa hebatnya Mahathir adalah kerana dibantu oleh orang yang hebat-hebat seperti Dato’ Seri Najib, Masa Hitam, Abdullah Badawi buktinya kini bila bersama pembangkang Mahathir semakin bercelaru dan mengelirukan, kehadiran Mahathir kedalam pakatan pembangkang rupanya telah menambah beban.

Jika dibandingkan dengan Anwar Ibrahim, kehadirannya benar-benar memberi pembaharuan didalam pembangkang sahingga berjaya menyatukan mereka, tetapi kehadiran Mahathir hanya memecahbelahkan.

Walaubagaimana pun tindakkan Mahathir menyertai pembangkang dengan membawa parti bunga raya nya telah memudahkan kerja UMNO dan Barisan Nasional, teruskanlah bersama pembangkang agar mereka terus berpecah belah.

Baiknya DAP terhadap Mahathir waktu kini hanya mahu mempergunakan Mahathir sahaja, janganlah Mahathir sangka bahawa beliau berjaya menawan kepimpinan DAP, kesian di usia tuanya hanya menjadi kaldai kepada DAP dari pada seorang negarawan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.